Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam hatinya sifat takbur,walaupun seberat zarrah"                                                                                        (Riwayat Muslim daripada Ibnu Mas'ud)         Seb

Sahabat Tercinta..

AKU INGIN KITA.. seperti Saidina abu Bakar as-siddiq, persahabatan dijalin kerana al-Khaliq, harta dikorban bukan sedikit, Cintakan kebenaran sanggup bersakit.. Serta Tawakkal Khalilullah yang mulia, ketika meninggalkan insan tercinta, di bumi tandus tanpa berbicara, meyakini Allah sebagai sebaik-baik Penjaga.. Aku impikan antara kita Seorang Umar.. berdiri tatkala tunduknya manusia, bersuara tatkala diamnya mereka, menggerunkan musuh durjana.. Serta senyuman Syed al-Qutb, ketika berhadapan dengan maut, akidah mantap tak ternggut, roh dakwahnya tak pernah surut.. Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair, menahan penahan Hajjaj denagan rela, bersama si ibu tua lantas syahid, rohnya diiring ke syuga.. marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna, fikrahnya jernih,menggegar dunia.. merelakan tubuh dimamah peluru, demi menegakkan Kalam Allah dan rasul.. Aku ingin kita sepemaaf Nabi Yusuf, tetap mencintai ssudaranya, walaupun dihumban ke perigi tua, terpisah dari Ayahanda bertahun lamanya..

Ramadhan ini..

Wahai sahabat yang telah dimuliakan Allah.Sedarkah kalian sudah berapa lama darjat anda ditinggikan Allah sejak anda ditakdirkan untuk berada di bumi Imtiaz.Darjat anda sebagai hamba yang membawa Kalamullah dalam dada.Dan bagaimana anda menjaga dan menghargai Al-Quran.             Sahabat sekalian,ingatkah kamu akan Kisah Kekasih Allah yang mulia,Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya Saidina Abu Bakar ketika dalam perjalanan ke Madinah,berhijrah atas perintah Allah.Saidina Abu Bakar  berasa sedih dan  gelisah kerana ancaman yang berturut-turut datang dari Kaum Quraisy.Lalu,Nabi Muhammad s.a.w mententeramkan sahabat baginda dengan berkata “Janganlah kamu bersedih hati,Sesungguhnya Allah bersama kita.Lihatlah betapa kukuhnya persahabatan mereka.Mana mungkin ukhuwwah kita menyaingi persahabatan mereka,persahabatan para sahabat yang dicintai Allah kerna fikrah mereka jelas.Tujuan mereka sama,iaitu ila mardhotillah.             Mukaddimah yang panjang u

Andai Ramadhan ini Ramadhan Terakhir..

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti..... Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu siangnya aku sibuk berzikir "a'la bizikrallahi tat mainnal qulub" [ Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang.. ] Biarpun anak tekakku kering kehausan air Tentu aku tak akan jemu melagukan syair Rindu mendayu.. Merayu... Kepada-NYA Tuhanku yang satu... Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu solatku dikerjakan di awal waktu Solat yang dikerjai... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri Mengadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janj

Kisah tabahnya Emak...

Penerima ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas.Di lehernya,telah terkalung pingat Ibu Mithali.Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil.Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan.anaknya setia melangkah di sisi.”Seterusnya..,” suara pengacara majlis bergema kembali, “tibalah kita kepada penerima anugerah Ibu Mithali yang terakhir.Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa.Beliau akan naik ke pentas bersama anaknya.Dipersilakan.” Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anka yang bakal mengambil tempat itu.Di barisan penonton paling hadapan,seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai,sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan 60-an untuk bangun.Aneh,kenapa ibu ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas?Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelum ini yang dengan megahnya menapak naik ke pentas,sebaik sahaja mereka dijemput?Hampir lima minit kemudian,barulah tampak si anak gad