Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Kehidupan Dan Ujian

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Ujian dengan nafsu makan contohnya. Atau ujian dalam persahabatan. Atau ujian dengan pembelajaran. Ujian dengan manusia. Ujian dengan diri sendiri. Ujian dengan kesihatan. Ujian demi ujian tidak akan pernah gagal untuk hadir menyapa dalam kehidupan. Ibarat orang selalu kata: apalah sangat hidup yang tiada 'naik turun'. Kadang-kadang ada orang sedar yang dia sedang diduga. Biasanya apabila dugaan itu datang dalam bentuk yang perit dan sakit. Kadang-kadang ada orang dia tidak sedar yang dia sebenarnya sedang diuji. Contohnya ketika harta melimpah ruah. Atau ketika nama mula meniti di bibir-bibir orang. Acap kali kita ralit dengan kesenangan yang Tuhan pinjamkan, sehingga ada waktu kita lupa untuk menikmati. Bahkan amat sayang sekali kalau gagal untuk disyukuri. Hakikatnya, ujianlah yang mendewasakan kita. Kita belajar dari pengalaman jatuh bangun, suka duka, mudah sukar sesuatu perkara. Supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama

Panic Attack

Dulu lepas aku masuk GMi, aku dapat panic attack. Memang sangat berlawanan dengan diri aku yang dulu. Dulu aku setiap kali exam, orang akan cakap aku adalah orang yang paling tenang. Masuk atau keluar dewan exam, aku adalah orang yang tenang. (Ok, bukan nak bangga). Tapi entah macam mana aku dapat panic attack tu pon aku tak tahu. Yang aku tahu, waktu aku nak baring siap-siap pejam mata sambil-sambil ingat semula apa yang dah dihafal, aku akan start panic. Aku tahu aku panic sebab aku akan lupa semua benda yang aku dah hafal, yang dah faham. Waktu tu jugak aku akan bangun dari katil dan nyalakan lampu dan tangan aku akan terus mencapai buku. Aku tahu aku panic sebab nafas aku kencang, dadaku berombak naik turun dengan cepat, dan jariku membelek mukasurat demi mukasurat dengan laju tanpa otak aku ingat pun aku nak cari apa sebenarnya. Macam mana aku berhentikan panic aku? Aku tak mampu. Aku cuma akan kembali bertenang sedikit demi sedikit selepas aku pastikan apa yang aku tela