Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Declare The War!

Declare The War! We are in war. Prepare your soul. This is the hardest battle. Our Enemies cannot be seen. They are invincible! They strike you from the darkest hole. Bring you to the limitless world. So be prepared! If you lose, the world will be worse. You will become their slave. You will be nothing but a toy they played. So raise your army. This is a war you couldn’t see. But you must win! Win or Die with Aziz (honored). Defeat them for freedom. Those are the Detected Enemies: 1.Egoism 2. Conceit 3. Greed 4. Lust 5. Intolerance 6. Anger 7. Selfishness 8. Arrogance 9. Hatred 10. Hostile 11. Miserly P/S: If you have any topic to request, please tell me. Sometimes, i have no idea at all what the readers need and want to read about.

Khabarkan! Khabarkan Kepada Mereka!

Salamun ‘alaikum. Happy New Year Everyone! Oppps. We don’t celebrate Masihi year. We celebrate Hijri. That’s what Dr.Zakir Naik said. Olraitlah. Bila masuk tahun baru,aku tertanya berapa ramai orang yang tertanya tanya: Apakah yang telah aku lakukan sepanjang tahun-tahun yang lepas? Yupp. Satu soalan yang mengebomkan hati kita dengan peluru berpandu nuklear,kan?Kita semua sepatutnya bertanyakan diri kita apakah sebenarnya yang telah berlaku sepanjang panjang tahun lepas. Hidup ni kawan, bukan kita nak penuhkan dengan yang manis je, bukan nak isi dengan perkara indah je,tapi untuk kita isi dengan perkara kekal. Haa. Moh senarai perkara kekal. Duit? Sekejap lagi habis beli Burger Abang Bob. Kawan? Tersedak kangkung goreng belacan jap. Parents? Senyum. Betulke? Habis kes kes yang pelbagai yang berdendang saban hari tu apa? Jom Jom senarai. Amik kertas,isikan setiap baris. Berjela panjang kan? Satu kertas kajang depan belakang belah lapan pun tak abis lagi kan? Jom pikiq guna

Esok Pasti Elok

Bila perkara terasa payah Perit meracun hati Yakinkan diri Allah bersama sentiasa Bila ujian buat kita resah Gentar membuka tirai esok Tenangkan hati Esok pasti elok Kerana bersama kesusahan Allah janji ada kesenangan Takkan selamanya pantai dilanda bah Pasti ada hari untuk berkelah Bila kaki tiada bertenaga Putus asa menikam jiwa Saat ini kau harus tahu Allah tahu kau mampu  Bila kita hilang mereka yang tersayang Dunia gelap yang kita bayang Hakikatnya sayang Allah itu abadi Bersama Allah itu terang Jadi,ayuh Di setiap perhentian ragu Jangan lagi agak agak Allah tahu kita mampu Beranikan diri untuk berdiri Meski keseorangan Meski bersendirian Kerana sebenarnya kita telah dilatih Untuk tegap berdiri walau seorang Itulah waktu ketika kita solat Kita seorang Tetapi dengan Tuhan  

THE BLACK ALBUM

Petang itu, aku mendapat panggilan telefon dari rakan sekolah lamaku,sekolah menegah. Panggilan jemputan untuk menghadiri reunion batch. Aku tersandar di kerusi termenung. Segalanya kembali berputar dimainkan. Tentang masa laluku. Tentang perbuatan lepasku. Tentang ketamakanku. Tentang Bilal. Entah berapa tahun nama itu tidak lagi pernah meniti di bibirku. Aku sendiri lupa. Separuh dari rasaku ingin meminta maaf. Namun egoku menidakkan. Aku fikir aku dan masalah egoku takkan berkesudahan dan egoku akan sentiasa membuat aku dihantui sesal panjang. Mungkin aku tidak patut hadir ke majlis itu. Aku yakin dia dijemput.  Dan aku tahu dia akan pergi. Majlis seperti ini masakan dia akan lepaskan peluang begitu. Ah,aku cuma menyangka. Mengapalah aku tidak terus bertanya sebentar tadi. Tapi bila aku hadir nanti,semuanya akan kembali jelas. Masa laluku. Yang aku cuba tinggalkan. Yang aku cuba lupakan. Sekarang aku telah berkerjaya dan aku suka dengan kerjayaku.Aku ada Jaguar.