Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Doaku Terhijab

 تعرف الى الله في الرخاء يعرفك في الشدة "Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity" Bismillah.  Dalam melangkah,kadang terjebak.  Dalam memilih,kadang meragut.  Dalam kesenangan, sering mengabaikan. Sering kita kembali melutut depan Tuhan,hanya kala terdesak. Melutut bukan hanya dalam konsep meminta dan berdoa.Melutut yang aku maksudkan ialah jiwa hamba. Jiwa hamba itu adalah rasa takutkan Allah, menjaga hakNya dan menjauhi laranganNya setiap masa. Dan bila tercekik,mula nak sujud balik.Wahai diri, sebenarnya apabila kita berjiwa hamba, kita akan mula mendekati dan mengenali Allah. Dan jiwa hamba ini mesti dihidupkan dalam jiwa kita, agar tidak lemau di hari lurus. Mengapa begitu? Kerana apabila kita mengenal Allah di kala senang, Allah juga akan 'mengenal' kita dikala susah. Ingat cerita Nabi Yunus dalam perut ikan Nun? Cerita Nabi Allah yang Allah selamatkan dari perut ikan paus ini? Kenapa? Kerana Nabi Yunus dul

Kelmarin Yang Aku Lepaskan

mencari kelmarin yang aku lepaskan menjejak kelmarin yang aku tinggalkan. antara lepas dan depan, aku memilih. ada orang kata, masa lalu hanya untuk dikenang, tapi kita harus mara ke depan. namun bagiku, masa laluku adalah masa depanku yang akan aku toleh dan titi kembali kerana di situ hijrahku bererti. #salam-maal-hijrah-1435

Mesir, Aku Datang..

Bismillah, aku fikir post ni aku tuju buat yang meminta. (Bukankah tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang meminta, terasa tak? Haha. Che gurau naa..) Berkisarlah post ini tentang apa pun aku tak tahu, tapi ibarat bulatan,yang akhirnya akan bersambung di hujung. Aku kira tiada nasihat yang lebih sempurna melainkan Kata-Kata Dia bukan? Maka,aku cuma menyampaikan dengan gayaku,yang mungkin ada yang kena gayanya mahupun tidak. Aku kagum bagaimana Anis bersabar dan tersenyum,yakin dengan percaturan Allah pada dirinya. Lalu,aku teringat akan kisah Yusuf yang Allah simpangkan jalan demi jalan,bermula sewaktu mimpi 11 bintang dan matahari yang sujud kepadanya diceritakan kepada ayahnya, lalu terpisah selepas itu sehinggalah baginda,Nabi Yusuf berdiri di singgahsana menghormati ayahanda yang lama tak bersua sedang berjalan masuk ke istana. Kisah yang berlaku di bumi Misri ini Allah rakamkan dalam AL-Quran, surah Yusuf. Ada satu ayat  dalam surah ini yang membuat aku