Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Adab Sebagai Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

"Qari dan Hafiz haruslah berperangai dengan perangai yang baik dan diredhai. Menyempurnakan perangai tersebut seperti zuhud terhadap kemewahan dunia, tidak menaruh perhatian kepada harta dunia dan para penggila dunia seraya menyedikitkan sahaja. Juga murah hati, orang yang dermawan, orangnya berahlak mulia, orangnya berwajah berseri-seri dan tidak masam. Orangnya santun, orangnya penyabar, orangnya menghindari dari pekerjaan-pekerjaan yang menghinakan dan sentiasa perindahkan dirinya, menjauhi tempat-tempat tertawa dan tidak bercanda berlebihan. Takut pada 'ujub, takut pada riya' dan takut pada hasad. Takut merendah-rendahkan orang lain dan takut takabbur dan dia sentiasa berhati-hati. Mempergunakan zikir dan doa yang ma'thur serta tasbih dan tahlil yang jelas sumbernya. Selalu ingat kepada Allah saat sepi dan damai dan menyandarkan segala urusan kepada Allah. Demikianlah sebahagian adab pembaca dan penghafaz Al-Quran yang perlu disempurnakan." -Syeikh Zainud

I Give Up

Aku rasa kalau aku mengaku aku tak kenal sepenuhnya lagi diri aku korang tak terkejut kan? In fact ramai akan jawab: Aku pon! Aku tak kenal betul-betul siapa aku. Apa kemampuan dan kelebihan aku, apa yang sebenarnya aku nak dan sebagainya. Dulu aku jenis yang berfikir tentang soalan-soalan macam ni. Aku nak kenal siapa aku. Aku nak tahu macam mana sebenarnya aku. Aku nak tahu kenapa aku lahir tarikh ni, aku nak tahu anak kedua macam mana, aku nak tahu untuk apa aku ada kat bumi ni dan so on. Dan aku cuba cari jawapan. Aku jumpa jawapan, tapi jawapan tu tak puaskan hati aku. I mean like contoh: Untuk apa aku lahir kat dunia ni? Untuk menjadi Khalifah dan Abid. Bagi aku jawapan itu terlalu general. Semua orang adalah untuk tu. Aku nak jawapan yang lebih spesifik. Contohnya, kau wujud untuk… lol. Aku pon tak mampu nak fikir satu even untuk beberapa minit yng telah berlalu. Sehinggalah aku berhenti mencari jawapan dan go with the flow of life. Tapi dalam masa sama aku jumpa ja

Jangan Tunggu Tabung Itu Penuh

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Pasti semua pernah dengar peribahasa ini sejak kecil lagi. Peribahasa ini popular dan sinonim dengan menabung. Tujuannya untuk menggalakkan ramai menabung demi masa depan dan tidak boros berbelanja. Tetapi saya ingin mempersembahkan peribahasa ini dari sudut baru pula. Sedar tidak sedar kita juga mampu menabung dosa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bam! (Bergegar otak sekejap baca idea gila saya.) Persoalannya, betul atau tidak atau sekadar kontorversi acah nak sentap? Kawan saya pernah berpesan kepada saya tentang Hidayah. Dia kata: Hidayah itu juga perlu direbut. Kalau hidayah singgah menyapa dan kita buat tak tahu dan terus mengabaikannya maka hidayah akan pergi. Sampai satu masa hidayah dah taknak singgah lagi. T.T Ibarat tersesat jalan kalau kita perasan jalan yang kita ambil salah, kita akan terus mencari tempat untuk membuat U-Turn kan? Apa jadi kalau kita perasan kita tersalah jalan dan terus memandu ke depan. Lama-lama destinasi yang

Di Hamparan Sejadah Itu

Di hamparan sejadah itu aku duduk berdoa dari jiwa meluah segala rasa walau aku tahu tanpa kata semua sudah diketahuiNya Di hamparan sejadah itu dahiku sujud hatiku tunduk meminta-minta sambil teresak-esak takut dosa hitam masih melekat saat roh dicabut dari jasad Di hamparan sejadah itu aku temui kekuatan buat bekalan berdepan ujian dalam payah jerih berkorban moga semuanya kerana Tuhan Di hamparan sejadah itu semua menjadi saksi aku bersujud kepada Ilahi waktu sukar waktu genting waktu senang waktu lapang aku mencari Tuhan Di hamparan sejadah itu aku kembali pulang meski berkali kali meninggalkan dalam jijik dan lusuh berharap tidakkan lagi tersalah jalan

Tiada Milik Kita

Bila kita merasa sesuatu perkara itu milik kita, saat itulah kita sedang menempah banyak kesengsaraan dalam hidup kita. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, contohnya bila kita merasa kawan itu kita yang punya dan bila dia mula rapat dengan orang lain, saat itulah akan timbulnya jeles prasangka dan sebagainya. Atau bila kita rasa kawan itu kawan kita, bila kita terpaksa berpisah, masa itulah kita rasa ditinggalkan bila kita lihat kawan kita seolah-olah telah lupa tentang kita kerana dia nampak sangat gembira dengan kehidupan barunya. Lalu diam-diam kita melabel mereka sebagai pengkhianat dalam persahabatan. Dulu janji nak berukhuwwah sampai syurga tapi dapat kawan baru lupakan saya. Itulah di antara contoh sekiranya kita berlagak sebagai pemilik dan bukan peminjam. Orang yang meminjam ini sedar yang sampai satu waktu dia terpaksa pulangkan barang yang dipinjam kepada Tuannya. Dan orang yang sedar bahawa dia seorang peminjam sedar bahawa dia tiada hak milik penuh ke atas barang y