Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Helaian Baru

Dua puluhan telah ku tinggalkan bertambah lagi helaian baru kehidupan bekas jejak semalam terlihat masih baru seakan tapi realiti kakiku sudah di lain bahagian Masa mengheret aku meninggalkan lepas sedang aku masih belum puas walaupun terkadang aku berhempas pulas dalam riang terpaksa ku keras mencantas Bila aku semakin dewasa diamku akur mereka semakin di penghujung usia Bila aku semakin berpengalaman hatiku berparut dengan banyaknya perpisahan Bila aku semakin besar, badanku makin kembang kerana banyaknya makan kahkahkah terasa episod lepasku begitu cepat tamat tapi aku masih bermimpi masih mengejar bayang esok berharap matahari naik bersama peluang membuka pelbagai jenis jalan untukku langkah untukku teroka biar berdarah terluka tidak mengapa asal aku tidak kekal sesat di jalan yang sama 20:28 mafz454 B304 Khas untuk Siti Sarah Binti Azhar =], sebagai hadiah Hari Lahir Beliau dari benua Eropah.