Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

The Fear Of Losing

Pernah satu ketika dahulu kala sewaktu A2 Exam belum bermula, aku berfikir untuk reconsider jalan aku sekarang. Patut tak aku fikir macam tu? Kalau kau fikir dalam dalam, this whole thing about studying oversea thousand miles away from your family is not a joke seriously. Well, of course yes it's not a joke. Aku pun tak pernah melawak pasal ni. Now that my path, I mean studying oversea has been confirmed, this butterfly thing keep cheering up my stomach every second. Apa yang aku risau? Bukan cakap besar, tapi aku tak risau pasal Islamophobia yang tengah nak arise balik sekarang ni. Dan aku jugak tak risau pasal kawan. Jujur cakap, sekarang aku rasa lega sebab terpisah dari what-so-called geng aku. Kan naya kalau berpisah waktu dah attached dengan orang. Kau tahu kan rasa sakit tu? Yang aku paling risau homesick. Apa der tak pergi lagi dah meroyan takut homesick. Well masalahnya kalau homesick kat sana bapak naya ko tahu. Bukan dekat nak balik. So ada tips nak bagi tentang pre

Terbakar Rentung

Semuanya sudah berakhir selepas semuanya sudah terlalu lambat mungkinkah engkau masih bersedih setelah semuanya engkau lepaskan Bukan seperti bintang malam hari yang setiap kali kau dongak ke langit tidak kira tempat mana kau berdiri bintang bersinar cantik itu kau akan temui Apa penting itu hanya milikmu? rasa lama yang memberi kau jemu waktu akan mengkhianati dulu sebelum engkau sempat menggerutu Beringatlah sebelum terkambus jerat ego biarkan putus bukan lagi budak berhingus bara api jangan menghangus

Cuma Alat

Terima kasih Tuhan kerna memberi lagi aku peluang untuk hidup dengan sihat. Yang bermakna Tuhan masih memberi peluang untuk aku bertaubat dan jadi lebih baik, makin baik. Dalam hidup ni banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan perkara yang dirancang mungkin takkan berlaku atau ambil waktu untuk berlaku. Dalam erti kata lain, Tuhan merancang yang terbaik untuk kita tapi semua ni bergantung macam mana kita melihat. Aku pernah tutup mata aku sebab aku tahu perkara tu akan berlaku. Dan aku tak nak perkara tu berlaku tapi aku tak mampu buat apa - apa. Jadi aku memilih untuk tidak melihat dengan anggapan apabila semuanya berlaku ia akan jadi lebih mudah untukku menerima segalanya. Dan tu adalah kesilapan paling besar pernah aku buat dalam hidup. Aku sampai sekarang apabila teringat pilihanku akan datang sekelumit sesal dalam dada. Aku sepatutnya hidup waktu tu, menghargai setiap detik, lebih lebih lagi setelah aku tahu ia akan berakhir sekejap masa lagi. Tapi aku lebih ri

Pesan Satu

Begitu jauh tangan yang menghulur tidak tercapai untukku sambut bagaimana sampai untuk ku melambai sedang hati menyatakan sakit Biar semua ini rencana diri namun ada bait berlagu sedih antara impian dan tanggungjawab aku memilih diri Maafkan aku sekali lagi setelah berjanji untuk setia di sisi aku kini melangkah lagi pergi Maafkan aku kerana berjanji diluar kemampuan diri aku tidak dapat melindungi seperti yang aku impi Sehingga jalan takdir kita bertembung sekali lagi sehingga itu bertahanlah dan hiduplah, wahai cahaya hidupku.

Nilai Sebuah Janji

Ada something yang berlaku lately ni yang buat aku tanya diri sendiri : Kalau kau balik waktu dulu tu, kau akan pilih keputusan yang kau buat dulu ke atau kau akan pilih yang lagi satu tu memandangkan jalan tu mungkin akan ada 'kelebihan dan kebaikan' sikit? Aku perlukan masa cuma sekejap sebelum aku decide: Tak, aku tetap akan pilih jalan ni. Jalan di mana aku menjadi siapa aku ( kononnyalah ). Lagipun aku dah berjanji dengan diri aku dulu untuk tak lagi pilih jalan satu lagi tu. Disebabkan aku dah lama sangat lalu jalan satu lagi tu, cara aku melihat juga tak sama setelah mengambil kira kesan dan risikonya. Aku boleh nak langgar janji aku sendiri. Bahkan dah berkali-kali aku langgar janji-janji dalam hidup aku. Bukan bermakna aku tak ambil serius pasal janji.( Aku boleh dikatakan paling stick dengan janji ) Bab berjanji aku memang biasa tak ambil main. Even contoh janji lepak je pun. Tapi ni pasal siapa yang kau decide nak jadi. Dan aku nak jadi aku, yang aku suka, yan