Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Sommerferien 2019

Hai Gaiss, Jadi, selepas 4 Tahun 4 Bulan aku terbang ke Jerman, aku kembali semula ke tanah air, tempat tumpahnya kesetiaan dan segala cintaku. Aku pulang bercuti selama 9 minggu dan Alhamdulillah untuk nikmat yang Tuhan pinjamkan walaupun sekejap, berjaya membuat aku terlupa tentang jerih payah hidup sebagai perantau. Hanya apabila aku mengusung bagasi seberat 37 kilogram di tangan dan di atas belakangku, aku pantas teringat kembali beginilah rasanya susah payah tanpa keselesaan dan kemudahan di negara orang. Cuti 9 minggu terisi dengan pelbagai aktiviti dan makan-makan. Ada juga makanan atau masakan yang aku masih belum sempat jamah dan ada juga aktiviti yang tidak terbuat. Tidak lupa rutin berulang-alik ke klinik kerana penyakit lama aku disahkan kembali aktif semula. Tapi secara keseluruhannya, aku gembira kerana dapat bertemu dan menatap kembali wajah-wajah yang aku rindu dan biasa bermain di hati. Terima kasih Tuhan dan terima kasih semua. Pantas masa berlalu, hari semalam ha