Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

10 Perkara Tercela Yang Lahir Dari Emosi

Pada hati itu terletaknya 12 Emosi dan daripada emosi-emosi ini akan lahir 10 perkara tercela. 10 Perkara tercela yang terkait dengan emosi-emosi ini adalah seperti berikut: 1. Sifat Rakus Kepada Makanan- Emosi Pelbagai 2.  Sangat Loba Dalam Berkata-Kata- Emosi Suka pada Perkembangan 3. Marah- Emosi Keakuan 4. Dengki- Emosi Kawalan (Control; Leader vs Follower) 5. Kikir dan Kasih Pada Harta- Emosi Menyumbang 6. Kasih Kepada Kemegahan- Emosi Pencapaian 7. Kasih Kepada Dunia- Emosi Selesa dan Selamat 8. Takabbur (Membesarkan Diri)- Emosi Cabaran 9. 'Ujub- Emosi Cemerlang (Emosi yang inginkan TER serba serbi; Terbaik, Terpandai, Tercantik) 10. Riya'- Emosi Pengiktirafan/Penghargaan Dua lagi emosi yang tidak disebut ialah Emosi Tanggungjawab dan Emosi Diversiti. Untuk fahami lebih lanjut tentang 12 Emosi ini boleh cari di YouTube ceramah Ustaz Amin dengan kata kunci: Pesona D Zahra Ikim 12 Emosi. Saya pernah dengar tetapi agak susah untuk saya kongsikan

5 Cara Syukuri Nikmat Kaki dan Tangan

Dalam hidup ini, banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita yang wajib kita syukuri yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang. Hanya apabila Tuhan ambil daripada kita kembali barulah kita sedar ianya suatu nikmat yang kita pandang remeh dan langsung tidak kita hargai selama ini. Begitulah manusia, hanya sedikit daripada kita yang pandai bersyukur. Adapun cara kita mensyukuri nikmat kaki dan tangan yang dipinjamkan Tuhan kepada kita ada lima: 1. Jangan menyakiti dengan dua tangan dan kaki kita sesuatu yang haram di sisi syara' untuk kita menyakitinya. 2. Jangan mengkhianati apa yang diamanahkan kepada kita. 3. Jangan dipegang perkara-perkara yang haram. 4. Jangan ditulis atau dicatit perkara yang haram untuk tujuan yang haram seperti ilmu sihir. 5. Jangan berjalan ke tempat yang haram atau ke tempat orang yang zalim melainkan darurat. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan manusia yang kufur nikmat.

Menjaga Apa Yang Kita Makan

Perut itu perlu dijaga daripada 2 Perkara 1. Perkara Yang Haram 2. Bersangatan Kenyang Dan diceritakan daripada Ibnu Abbas RA katanya: Allah SWT tiada menerima sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya benda yang haram. Tujuan memelihara diri dari yang haram dan syubhah itu ada tiga. 1. Kerana takut akan seksaan api neraka 2. Kerana memakan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberikan petunjuk kepadanya dalam berbuat ibadat 3. Kerana memakan perkara yang haram dan yang syubhah itu ditegah daripada mengerjakan kebaikan dan jika dia mengerjakannya nescaya tiada diterima daripadanya. Sabda Nabi SAW bersabda mafhumnya: Berapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada puasanya itu melainkan dahaga dan berapa ramai daripada orang yang bersembahyang malam tiada baginya daripada sembahyangnya itu melainkan dapat berjaga. Adapun sebab mengapa kita perlu menjauhi makan sehingga melampau kenyang adalah: 1. Banyak makan itu sebab kerasnya hati

10 Sumber Yang Haram

Dalam kita mencari rezeki demi sesuap nasi, perlu diingatkan untuk sentiasa mencari rezeki yang halal, kerana setiap apa yang masuk ke dalam perut kita itu nanti akan dihisab di hari kiamat nanti. Berikut adalah 10 sumber harta yang haram. 1. Harta Hasil Mencuri 2. Harta Yang Diambil Dengan Zalim- Janganlah kita sesekali memakan harta anak yatim 3. Rasuah- Sabda Nabi SAW mafhumnya: Mereka yang memberi dan menerima rasuah itu dalam neraka. 4. Harta Hasil Monopoli Barang Asas- Seperti peniaga yang menyorokkan barang keperluan asas dengan tujuan untuk menaikkan harganya. 5. Upah Yang Haram- Seperti upah memukul orang atau upah melacur. 6. Harta Jumpaan- Harta yang dijumpai itu haruslah diisytihar di tempat umum selama setahun. Hanya apabila tiada tuntutan barulah kita boleh membuat keputusan untuk diambil atau disedekahkan. Adapun barang yang tidak tahan lama seperti makanan tidak perlu disimpan selama setahun tetapi secara ala kadar. 7. Pelaburan Yang Haram 8. Perkara Y