Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Melihat Hidup

Bila aku bangun pagi tadi dan buka Whatsapp Group, ada orang hantar gambar waktu Form 5. Bila aku download gambar tu, rupanya gambar aku tengah makan. Tapi muka suci habis. Sumpah! Aku pun berani cakap otak lagi suci waktu tu. Bila aku tengok tarikh gambar diambil, 08.02.2012, tapi kalau tak silap aku tu gambar waktu Ramadhan, tengah sahur. Cepat betul masa berlalu. Sudah hampir 5 Tahun sejak kami meninggalkan bangku sekolah. Aku ingatkan, aku tak banyak berubah. Tapi bila fikirkan balik, macam mana aku boleh cakap aku adalah orang yang sama dengan aku waktu bangku sekolah. Bahkan, aku yang tahun lepas bukan aku yang sekarang. Mungkin kerana akar prinsip hidup aku untuk menjadi lebih baik daripada yang lain membentuk siapa aku yang sekarang. Aku akui kadang-kadang disebabkan prinsip yang ini membuat aku benci diri aku sekarang. Yelah, ada masa bila kita dikhianati atau dipergunakan atau menjadi korban fitnah, datang rasa untuk membalas atau berdendam. Tapi disebabkan aku telah pah