Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Keizzahan Islam

Belajar kat sini buat aku sedar dan belajar banyak perkara yang sebelum ini aku tak sedar, ambil mudah atau remeh dan perkara yang aku tak tahu. Antara satunya ialah rasa izzah dengan Islam. Aku baru perasan selepas aku travel berseorangan akhir-akhir ni, aku malu dengan Islam. Err.. Boleh dikatakan macam tulah. Aku malu nak ambil wudhu' basuh kaki di sinki sebab takut orang pandang pelik. Aku ambil wudhu' dalam keadaan tergesa-gesa bila orang tiada takut tiba-tiba ada orang masuk. Aku juga solat dalam keadaan tergesa-gesa di tempat awam kerana tidak mahu menjadi tumpuan dan dipandang pelik. Not to mention aku berhenti baca Al-Quran bila ada orang melintas atau nak lalu depan kerusi yang aku duduk just sebab taknak mereka fikir pelik atau syak sesuatu yang buruk. Dan kelas kami yang bakal bermula untuk pertama kalinya pada bulan 10 ini buat aku risau bagaimana untuk solat, bagaimana untuk mengambil wudhu' dan sebagainya. Dan aku teringat sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhu

Buat Adik Abang

Buat adik abang yang abang sayang, Abang nak adik tahu abang sayang adik walau abang tak pernah bagitahu adik. Abang nak adik tahu abang bangga jadi abang adik. Abang nak adik tahu adik lah penyeri keluarga kami. Abang tak pernah minta maaf bila abang gagal banyak perkara. Abang memang seorang pelajar cemerlang, tapi cemerlang abang hanya akademik sahaja. Abang gagal mengawal emosi abang. Abang gagal mengetepikan keinginan abang dan mendahulukan apa yang lebih utama. Abang pentingkan diri dan hanya tahu melarikan diri. Abang nak adik tahu banyak perkara yang abang masih sesal sampai sekarang. Abang masih sesal apabila abang menghalang adik hadir untuk pemilihan bola sepak waktu sekolah rendah dahulu. Sebenarnya abang takut. Abang takut populariti abang dirampas. Abang takut posisi abang sebagai penyarang akan bertukar ke pemain tengah sahaja. Abang masih simpan rasa sesal itu sehingga sekarang. Abang masih ingat bila abang pulang menaiki basikal pra-latihan sebelum pemil

Cerita Lama

Kau kecik-kecik dulu nak jadi apa? Sabri memulakan perbualan di tengah-tengah padang besar sekolah tu. Harini Hari Sukan dan memandangkan aku telah bersara dari dunia atlet awal tahun tu, aku tidak mengambil bahagian dalam apa-apa acara pon. Sabri pula memang tidak suka bersukan. Aku? Eh, banyak. Mula-mula aku nak jadi juruterbang. Dahla kaya pastu terbang selalu pulak tu. Pastu aku dengar kerja Scientis bapak cool. Buat experiment je kerja. Boleh main letup-letup. Pastu aku nak jadi Motivator sebab aku suka tengok Dr. Fadzillah Kamsah dulu waktu aku kecik-kecik. Aku menjawab sambil tersengih teringat betapa suci dan lurusnya pemikiran kanak-kanak ku. “Sekarang kau nak jadi apa?” Sabri bertanya lagi sambil menguis daun-daun kering yang berguguran di bawah pokok rendang tempat kami menonton acara lumba lari 4x4 tadi. Rumah Kuning menang. Entah la weh. Aku tak tahu nak pilih mana satu. Kau tahu kan, aku nak jadi doktor bila aku masuk sekolah menengah. Mungkin sebab semua

We're Never Alone

“I’ve been choosing the wrong path. I know I walked the wrong path. The path that I should’ve avoided because I know that this is not where I should’ve been.” “That’s not the point now. I mean it’s more than pointless talking about it. You should rather take the U-Turn now instead of blabbering. You know what, it’s good that you regret now because you still have time” “Yes, we’ve been talking about this for ages. I know. People might think you’re such a bad friend when they heard our conservation because you didn’t even let me finish what I want to say” And they smiled. “But you know me better than anyone. I don’t need to talk and be honest when you know all I need is some push. You know what, I never thank you enough for all the things you’ve done. Well, I might not look like I appreciate it, but I am sure one day I will be thankful that I’ve got a friend like you.” “Well, what’s so sudden?” “Thank you for being there behind me, acting like a superhero and a

Hello, neues Ort :)

Sejak aku sampai sini, sudah lima hari tiada internet. Kebetulan maintainance Internet rosak. Dan thanks sebab internet jammed, aku dapat tulis macam-macam. Mungkin sebab dah lama tiada internet, harini hati aku makin huru-hara. Oh ye, aku sudah sampai ke tempat baru dan sedang menunggu untuk memulakan semester pertamaku di sini sebagai pelajar degree. Insya Allah bulan depan. Dulu ada senior perempuan belajar dekat sini. Tapi dah lama tiada dan aku menjadi perempuan pertama yang mengisi kembali ruang kosong tu. Tiada pelajar Malaysia perempuan lain di sini selain aku. Ada pelajar senior lelaki Malaysia lain di sini. Alhamdulillah mereka banyak membantu sejak aku datang ke sini. Tapi tu lah aku cakap, terperap tanpa internet dan tidak tahu hendak buat apa mungkin telah mencetuskan rasa gundah di hatiku sekarang ni. Harini mula aku katakan pada diri: Oh, begini rasa  hidup sendirian. Begini rasa kesunyian yang mencengkam. Aku harap things akan get better. Menjadi pelajar d

Sayonara Kassel

Esok aku akan bergerak meninggalkan Kassel untuk memulakan perjalanan yang seterusnya. Sedih kerana aku dari dulu lagi semenjak tiba ke tempat ini mula sayangkan tempat ni. Another goodbye dalam life lah. Lol. Aku melantak di hari terakhir satu kebab daging satu kebab ayam. Oh ye, aku tak jumpa lagi rumah nak tinggal kat tempat baru. Akan menumpang di rumah senior dulu buat sementara waktu. Doakan aku dapat tempat tinggal yang patuh pada syariat dan mudah untuk aku menjaga batasan agama. Besar cabaran tinggal di luar negara ni. Tak sentiasa indah seperti yang orang bayangkan. Ada harga yang perlu dibayar. Jujur aku cakap, perasaan teruja untuk berpindah ke tempat baru dan memulakan perjalanan ijazah kalah dengan perasan takut dan sedih. Takut sebab tak boleh bayang macam mana macam mana. Sedih sebab kena pindah dari Kassel. Sedih sebab kena hadap perpisahan yang lain dalam hidup. Oh well well. Aku even tak boleh nak start packing pon lagi. Bila fikir pasal packing je dah kecut p

Parasit dan Perumah

Tumbuhan yang hidup menumpang di pokok pokok yang besar hidupnya bergantung kepada sang perumah. Dan ada dia antara mereka bersifat parasit. Tumbuhan parasit ini telah mencuri dan mengambil secara paksa energi dan nutrisi dari sang perumah menyebabkan sang perumah sama ada perlu lebih berkerja keras untuk menghasilkan makanan atau akan terseksa dan mengalami masalah tertentu. Bukan tumbuhan sahaja ada yang bersifat parasit malah haiwan juga. Bahkan terkadang mereka merosakkan perumah sehingga mengakibatkan kematian sang perumah dan secara tidak langsung mengakhiri hidup mereka sendiri. Menyedihkan betul tumbuhan dan haiwan parasit ini. Bila dicantas dan dihalau mereka tidak mampu hidup. Tapi bila diberi tumpang kembali menggigit tuan. Begitulah seandainya ada anasir yang dibiar melekat di dalam jiwa. Begitulah seandainya cinta dunia dibiar bercambah di dalam dada. Begitulah seandainya syaitan mula dijadikan teman rapat dalam segala perkara. Lama-lama nanti sang perumah yang akan t