Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Tuhan Akan Menguji

Salamun 'alaikum warahmah wabarakah. Lama rasanya tak update blog. Hari tu idea melimpah,tapi sangat malas. Bahkan, cerpen baru masuk bab dua dan tak siap siap. Eheh. Takleh nak buat apalah kan kalau che dah malas naa.... Ada banyak perkara yang nak aku tulis, tapi buat masa ni, ada satu perkara yang asyik mengetuk hatiku. Tentang kata kata kita. Yang kita declare. Satu hari nanti akan diuji. Ya, dia pernah memberitahuku. pernah mengingatkanku, Pernah menegurku. Namun aku yang entah apa ke gagal logiknya, dalam diam menafikan perkara tu. Kamu percaya tak, yang apa kamu kata hari ini,akan diuji satu hari nanti. Kamu percaya atau tak, apa yang kamu ikrarkan hari ini, akan bergoncang satu hari nanti. Dulu aku ragu. Sekarang, all of them make sense! Itulah antara hukum dunia yang aku belajar dalam kehidupan ini. Al-Ankabut telah menyebut lama dahulu, bahawa mereka yang menyatakan mereka beriman akan diuji! Maka dengan itu, bila kamu berdiri dan memberitahu diri kamu,

Angka

Aku tuntun langkah ke garisan pemisah, antara semalam dan esok. bukan akhirnya lagi, cuma bertambah. aku dimamah masa angka membesar seiring cita. takkan selamanya begini, pasti berakhir jua. angka berlari meninggalkan kartun, angka menjemput remaja hampir, angka menunggu dewasa menegur, namun, mati tetap melambai tak tahu. aku kejar hadaf hidup, antara sementara dan kekal. antara permulaan dan penghabisan. apa aku buru, pun aku tidak pasti. aku terbang mengikut nur yang bersimpang, yang terkadang aku butakan hati. Tuhan,aku rindu lambaian kelmarin. yang aku endahkan. bila angka mengetuk, aku sedar aku ingin berjalan, memeluk setiap ilmu, agar kolong kosong ini terisi cahaya. biar aku teruskan langkah, bertemankan ragu dan ingin tahu. P/S: For all those who celebrate their birthday, especially my mom and orang di Mu'tah, juga tak lupa that kid in Intec, the reminder in UIA and USIM and ex