Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Kelana Ini

Kelana aku di bumi Tuhan Punya rasa yang sungguh indah Bila aku tahu Tuhan itu wujud Sentiasa ada Sentiasa dekat Aku panjangkan langkah untuk mengembara Kerana dalam kembara Punya satu harga tanpa nilai Hanya untuk dirasa Ditelan masa Kelana aku ini terkadang henti Mati tanpa tuju Tapi setelah itu Aku sedar aku adalah aku yang baru Seperti hujan membasahi tanah Kering tanpa air Namun kuasa menghidupkan itu Sebenarnya ada pada Tuhan Maka aku yakin, Kelana aku ini satu waktu akan berakhir Juga aku yakin, kelana aku ini  terhenti hanya bila Tuhan mahu Namun teras segalanya, aku tahu kelana aku ini biarlah bersama hati yang tunduk pada Tuhan Kerana seandainya hatiku mati, aku tahu aku punya Tuhan. Seperti bumi rindukan hujan Aku faham kenapa terkadang Aku diuji Tuhan.

Pertemuan Yang Palingku Nanti

Bismillah. Pernah tak kita terfikir atau membayangkan apa nasib kita sesudah mati nanti? Pernah tak kita kronologikan hidup kita selepas mati nanti. Bermula dari alam kubur sehingga dibangkitkan kembali, kemudian kita akan dihisab sebelum meniti titian sirat. Saya memang amat bersetuju bahawa orang orang yang memikirkan kematian adalah orang orang yang bijak. Dengan syarat mereka beriman kepada Allah. Beriman dan percaya bahawa akan tiba satu hari di mana kucar kacirnya itu sehingga apabila sangka kala itu ditiup,tiada lagi pertalian keluarga. Yang membawa makna huru haranya itu sehingga mereka lupa semua perkara dan cuma kisah akan diri masing masing sahaja. (22:2) Sebenarnya apabila kita mati, kita akan memperoleh immortality. Kerana selepas itu kita akan hidup selama-lamanya. Lama mana? Apa kata kita beri satu gambaran metafora untuk keadaan ini. Kita kutip satu butir pasir di satu padang pasir yang paling luas di atas bumi ini dan kita isi dalam satu botol. Selepas 10

Hati Banduan

Bismillah. Satu hari itu,aku terbaca status Aiman Azlan di Facebook. Dan aku tak ingat ayatnya,cuma maksudnya sampai kepadaku. Jadi akan aku sampaikan mengikut caraku A: Kenapa diri saya tidak menjadi lebih baik walaupun saya telah bersolat? B: The same reason why we gain weight after Ramadhan. Aku kira benar sekali perkongsian ini. Meski cuma beberapa ayat, tapi cukup untuk terasa  ditampar. Baiklah. Aku tidak mahu bercakap tentang berapa ramai yang solat tapi tak berhijab atau apa apapun yang menjurus kepada perkara yang sedemikian. Sebenarnya golongan sebegini kurang faham tentang Islam itu sendiri. Bukan dengan berhijab Islam itu datang. Tapi dengan Islam hijab itu datang. Dan bukan tentang hijab sahaja. Islam itu syumul. Maka, sungguh Islam itu sendiri merangkumi semua tentang cara hidup. Akhlak yang baik. Pertuturan yang baik. Tingkah laku yang baik. Dan sebagainya. ( Attention: Islam bukan pasal Hijab je! Its A Way Of Life. ) Kita tahu dosa itu akan meny