Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Aku Anak Murid

“Kau nampak tangki besar kat belakang tu? ” Taufiq menunjuk ke arah tangki besar di belakang asrama perempuan sambil berjalan menuju ke dewan makan dari bangunan akademik. Mereka berdua baru sahaja selesai latihan Pingpong. “Apahal dengan tangki tu? Kau jangan nak cerita bukan-bukan lagi eh. Semalam aku tak dapat tidur, gila.” Hahaha. Taufiq tergelak. Berjiwa singa konon. Pahlawan Melayu Melaka konon. “Tangki tu... Legend je boleh panjat. ” “Sape yang bangang nak panjat situ. Buat apa. Bukan ada faedah pon.” Syamil menjawab sambil mengerling ke arah tangki besar itu. Tinggi juga kalau dipandang betul-betul ni. “Kita lah yang bangang. Nanti sebelum keluar sekolah, malam terakhir lepas habis paper last Biologi nanti kita panjat, ok?” Syamil melepaskan keluhan sambil tersengih sambil menjawab: “Kau bodoh ke terlampau bijak ni?” *** “Apa kebenda entah. Dah seminggu macam ni. Takde air. Pergi kolah nak mandi bagai. Tangki besar besar kat atas tu simpan

Azam Tambahan

Sempena masuknya tahun baru Maal Hijrah ni, biar aku coretkan sesuatu untuk peringatan kepada diriku sendiri. Tahun baru selalunya sinonim dengan azam baru. Bila tahun baru datang, ramai orang berazam, tapi... azam tak semestinya baru. Kah! Kadang-kadang azam kitar semula dari tahun dulu-dulu yang dah bertahun-tahun berazam tapi tak tercapai matlamat. Maka seharusnya kita buat muhasabah, analisis dan kaji selidik: Mengapa azam aku gagal atau tidak berjaya atau separuh jalan dan sebagainya. Sedia kita maklum azam ni umpama destinasi supaya pemandu tidak memandu tanpa hala tuju dan menghabiskan minyak dan tenaga begitu sahaja. Azam yang tidak terlalu jelas dan terlalu besar skopnya juga antara punca kegagalan kita mencapai sasaran. Contohnya: Aku ingin menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tidak saya katakan salah, tapi sebaiknya ada kayu ukur supaya kita tahu target kita. Apa definisi 'lebih baik dari tahun lepas' bagi kita? Sebaliknya azam yang berbunyi seperti: Setiap bula

Luruh Bukan Sekadar Jatuh

Aku lihat daun kuning itu mula gugur Seperti baru semalam daun itu masih hijau Adakah bumi berputar semakin laju Atau aku yang separa sedar melawan masa Aku lihat daun hijau semalam itu hari ini bermacam warna Seperti kita satu nyawa semuanya tapi pengkahiran yang berbeza Dan padang hijau yang semalam ku lihat biasa biasa Tapi pagi ini aku bangun seperti memandang seni cinta Lalu aku tersenyum mengakui kebesaran Yang Maha Esa Betapa banyak sekalipun daun yang gugur di musim luruh ini Tiada satupun yang gugur ke tanah Melainkan semua dalam pengetahuan Dia Musim luruh kali pertama ini Mencoret makna di kamus hidup Luruh bukan sekadar jatuh Luruh itu pengorbanan Seperti mana pohon berkorban daun Sebelum tiba musim bekunya air Tapi bila musim bunga menyapa Pohon kering itu rendang semula Begitulah hidup di dunia Perlukan pengorbanan untuk cita Memang sukar pada mulanya Tapi jika bekalan sabar dan taqwa Waktu sukar kan berlalu jua 10.15 13.10