Skip to main content

Hati Banduan


Bismillah. Satu hari itu,aku terbaca status Aiman Azlan di Facebook. Dan aku tak ingat ayatnya,cuma maksudnya sampai kepadaku. Jadi akan aku sampaikan mengikut caraku

A: Kenapa diri saya tidak menjadi lebih baik walaupun saya telah bersolat?

B: The same reason why we gain weight after Ramadhan.

Aku kira benar sekali perkongsian ini. Meski cuma beberapa ayat, tapi cukup untuk terasa 
ditampar.

Baiklah. Aku tidak mahu bercakap tentang berapa ramai yang solat tapi tak berhijab atau apa apapun yang menjurus kepada perkara yang sedemikian. Sebenarnya golongan sebegini kurang faham tentang Islam itu sendiri. Bukan dengan berhijab Islam itu datang. Tapi dengan Islam hijab itu datang. Dan bukan tentang hijab sahaja. Islam itu syumul. Maka, sungguh Islam itu sendiri merangkumi semua tentang cara hidup. Akhlak yang baik. Pertuturan yang baik. Tingkah laku yang baik. Dan sebagainya. ( Attention: Islam bukan pasal Hijab je! Its A Way Of Life. )

Kita tahu dosa itu akan menyebabkan satu titik hitam di hati. Dan ‘sabunnya’ adalah Istighfar dan perkara perkara baik seperti mana yang terkandung dalam Hadis Nabi.

Aku ajak diriku untuk duduk seketika memikirkan tentang ‘rupa’ hatiku sekarang. Setelah lahir ke dunia dengan hati dan hidup bertahun tahun dengan hati yang sama, bagaimana agaknya ‘rupa’ hatiku sekarang? Antara selaput dan lendir hitam itu, wujudkah satu titik yang suci dan bersih? Yang aku jaga dan pelihara?

Andai dapat kita lihat ‘rupa’ hati kita sekarang, rasanya seperti organ perokok tegarkah, bahkan mungkin lebih teruk? Inilah sebab tajuk post kali ini dinamakan Hati Banduan. Andainya,kita selang selikan antara putih dan hitam, seperti baju banduan bukan?

Benarlah hak dan batil takkan bercampur aduk. Seandainya kebatilan itu lebih terancang,takkan menang hak tanpa perancangan. Begitu bijak Saidina Ali berkata. Jadi macam mana kita ingin pokok itu tumbuh subur meski diletak baja,andai dalam masa yang sama kita menuang racun?

Aku bawakan hadis Sahih  yang diriwayatkan oleh At-Tirmidhi : 2653

Satu hari Nabi saw berdiri dengan para sahabat ,dan Baginda memandang ke langit seakan akan sedang mencari sesuatu. Baginda kemudian berkata: Ini adalah waktu di mana ilmu akan ditarik daripada mereka (manusia), sehingga mereka akan berpaling daripada Al-Quran, apa yang diajari Al-Quran dan apa yang terkandung di dalamnya. Mereka tidak akan menunjukkan sebarang keterujaan untuk mendapatkannya dan mereka tidak faham.

Sebaik sahaja mendengar perkara ini, seorang sahabat telah berdiri, dia adalah Ziyad bin Labid Al-Ansaari- dan dengan penuh semangat berkata: Wahai Rasul Allah, bagaimana mungkin Al-Quran itu akan ditarik daripada kami? Kami telah membaca Al-Quran! Demi Allah,kami akan terus membacanya! Kami akan membuat isteri-isteri dan anak-anak kami juga membacanya!

Nabi saw bersabda: Aku pasti akan menganggap kamu di kalangan mereka yang mengetahui undang undang di kalangan penduduk Madinah.

Kemudian Baginda bersabda: Yahudi dan Kristian memiliki Kitab Taurat dan Kitab Injil. 
Bagaimana kitab itu memberi manfaaat kepada mereka?

Maknanya menurut Dr Muhammad Al-Areefi, bukan dengan adanya Al-Quran itu yang penting. Apa yang penting adalah pembacaannya, ilmu yang terkandung di dalam kitab suci tersebut dan mematuhi perintah yang terkandung di dalamnya.

Namun Ibnu Mas’ud berkata: Mereka akan membaca Al-Quran, tetapi apa yang dibacanya itu tidak akan  pergi jauh melainkan anak tekak mereka sahaja. Al-Quran itu cuma bermanfaat apabila Al-Quran itu sampai ke hati dan  ditanam dengan teguh di dalam hati itu.

Satu hari juga aku terbaca tentang kata sorang ulama’: Orang yang rugi itu adalah orang yang mendatangi Al-Quran tetapi tidak mendapat manfaat darinya. Jiwa mereka tidak tersentuh. Pekerti mereka tidak bertambah baik. Dan mereka tetap sama seperti sebelum mereka membacanya.

 Nanges T.T Nanges T.T Nanges T.T

 Kita berbangga dengan betapa istiqamahnya kita mendisplinkan diri kita untuk membaca Al-Quran siang dan malam. Kita berbangga dengan berapa banyaknya helaian muka surat yang mampu kita habiskan. Namun, bagaimana pembacaan itu memberi kesan kepada kita? Allahu Allah. Ampuni kami Ya Allah. T.T

Jasad seketul ini perlu kami jaga sebaiknya. Dan tiada siapa pun yang berhak menjaganya melainkan Engkau, Ya Allah. Kerana Engkau sebaik baik penjaga. Maka kami serahkan jiwa dan hati ini kepada Mu, untuk Engkau jaga dan pelihara hati kami ini. Tiada daya upaya kami Ya Allah. Tiada daya upaya kami. 

(24:21)

P/s: Sape tak cek surah ke 24 ayat ke 21 sumpah rugi! Eheh. Sentap bak hanggggg!


Comments

  1. *potong bawang laju2 *
    sentap baq hanggg
    Aku bru belajar ayat tu.dalam fiqh sirah.
    awal surah annur berkaitan khabar ifki
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.