Skip to main content

It's In Your Blood

Senyum. Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi. Dan sememangnya rugi seorang muslim itu apabila Ramadhan pergi,namun dosanya masih tidak diampuni. Maka, di malam-malam terakhir terawih ini, ayuh panjatkan doa kepada Tuhan, moga Dia memilih kita seperti yang lain agar Ramadhan tinggalkan kita dengan satu tarbiah yang subur sehingga kunjungnya lagi tahun hadapan.

Mendepankan hakikat bahawa mungkin ini puasa kali terakhirku di tanah air tercinta bersama keluarga (moga-moga, amin), andai rezekiku beraya di perantauan tahun hadapan, aku dengan berlapang dada menikmati setiap saat ini. Aku memberikan sehabis baik, merakam cuma yang baik baik, menyimpan apa yang indah untuk satu masa nanti aku kenang sambil tersenyum dan bersyukur aku pernah diberi kesempatan dan peluang sebaik itu. Semua itu aku buat dalam sedar.

Bahkan aku juga sudah mula menulis satu senarai panjang apa yang aku ingin lakukan sebelum aku berangkat. Itu hasilnya, apabila aku mula berfikir ini mungkin kali terakhir kesempatan ini hadir.

Justeru bila aku mengambil masa untuk berfikir sejenak, aku diketuk hakikat perbuatanku sendiri. Hakikat bahawa sebenarnya aku sedang mempersiapkan diri untuk satu perjalanan panjang, jauh dan penghujungnya aku tidak tahu bagaimana. Tapi, alangkah ruginya aku kerana perjalanan itu arahnya dunia semata. Lalu Dia menegurku sebelum aku tersadung untuk aku betulkan tuju aku cuma kepadaNya.

Ada waktu bila aku menyeru Tuhanku, " Wahai Allah... Ampuni aku." dengan hanya empat perkataan pendek itu, bahuku terhinggut hinggut menahan esak. Ada waktu perkataan itu memberat, seolah bahuku dihempap bumi, tertunduk aku malu kerana aku merayu sekali lagi agar dosaku diampuni biarpun sebelum ini aku berjanji untuk tidak berpaling lagi. Ada waktu lidah aku cuma mampu menyebut memohon yang itu : Ampuni aku. Ampuni aku. Berulang kali. Tiada hajat lain. Tiada hajat lain melainkan dengan seluruh jiwa ragaku aku berharap agar Tuhan sudi memandang dan mendengar penyesalanku  lagi.

Namun ada waktu, bacaan doaku itu cuma hafalan, terlontar di hujung lidah tanpa aku memaksudkannya. Ritual selepas solat. Namun ada waktu, aku dapati diriku selesa dengan dosa tanpa sedikit rasa sesal pun yang bercambah di hujung reranting sedar. Namun ada waktu, aku dapati diriku kosong tiada berjiwa tanpa arah tapi lidah masih melafaz doa.

Benar, aku sentiasa ingin berubah. Berubah menjadi lebih baik dari semalam. Berlari meninggalkan lopak kesan kotoran jahiliyyah yang aku sendiri calitkan pada tubuh badan. Namun terkadang aku lelah, berhenti mengambil nafas tapi sebenarnya cuma alasan untuk menghirup udara normal tanpa rahmat. Ya. Itu masalah diriku. Aku sering lupa bahawa nafasku inilah rahmat terbesar hidupku. Seandainya nafasku terhenti, apa yang aku bawa untuk bertemu Tuhanku nanti?

Tapi dengan bernafaslah, aku merobek lumat setiap detik peluang yang Tuhan berikan aku untuk bertaubat dengan menghumban diriku ke jalan yang bagiku senang penuh bahagia. Dengan bernafaslah, aku lupa aku perlu kepada udara seperti mana jiwaku perlu dikembalikan kepada Tuhan. Dengan bernafas, aku berjalan di atas muka bumi Tuhan dalam keadaan tanah mengeji diriku yang lupa diri, bumi  benci aku berlegar di atas perutnya. Tapi dengan bernafas jualah, aku sedar itu bukti Tuhan itu sangat Penyanyang.

Dan untuk Ramadhan yang hadir lagi dan lagi ini, aku percaya bukan Ramadhan sahaja bulan untuk beramal. Bukan Ramadhan sahaja kita akan berlumba berbuat kebaikan. Seperti kau yang sudah terbiasa mendirikan solat malam akan mendapati mudah untuk mendirikan malam malam dalam bulan Ramadhan. Seperti kau yang sudah terbiasa berpuasa sunat akan mendapati mudah untuk berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Seperti kau yang sudah terbiasa jemaah 5 waktu lengkap akan mendapati senang untuk melangkah tanpa dipaksa.

Kerana bukan kerana Ramadhan datang kau buat. Tapi it's in your blood. Hoho.

P/s: Kesempatan ini Eidun Said, Yaumul Mubarak kepada semua tak kira di mana anda berada. Jangan sedih tak dapat beraya bersama keluarga. Bersyukurlah sebab dapat merasa Raya di negara orang lain macam mana. Taqabballahu minna wa minkum, taqabbal ya Karim.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...