Skip to main content

Filling The Hole In One Heart


Siapa pernah rasa kosong tiba tiba. Takde angin takde ribut, tapi tiba tiba rasa hidup takde erti, takde makna. Waktu tu dunia tunggang terbalik. Kita hilang punca. Kita solat, kita baca Al-Quran kita puasa sunat, tapi rasa kosong tu tak hilang. Kita telefon emak, mengadu kat bapak, pura pura gelak dengar kawan buat lawak, pergi lepak, tapi tetap kita tak boleh cari diri kita yang biasa dulu. Rasa kosong yang berhantu dalam dada. Kita cakap kita need space, pakai jalan ikut je kaki mana nak pergi, tengok nature, perhati manusia, konon nak cari balik sebab kenapa kita hidup. Kenapa kita berdiri kat sini hari ni. Yang sebenarnya, nak cari arah balik sebab kita lost, hati rasa kosong.

Sebenarnya memang ada lubang macam black hole kat dalam hati kita ni. Kita isi dengan macam macam perkara. Ada orang tak boleh hidup sendirian. Mesti pergi mana mana nak kena ada orang teman. Ada orang tak boleh tak pakai earphone. Mesti kena sangkut jugak kat batang tengkuk, biar tak dengar asalkan ada. Ada orang tak boleh tak ada buku. Baca tak baca lain cerita. Janji pergi mana mana buku kena ada. Yang pasti harini ramai orang tak boleh hidup Henset takde. Tapi kalau internet takde lagi macam orang gila. Heh he.

Kita manusia yang fitrahnya memang akan sentiasa cari ‘benda’ untuk isi ‘lubang’ kosong tu. Kita isikan dengan dunia yang hakikatnya ibarat bangkai kambing yang kalau diberi percuma pun, masih tiada orang yang sudi. Bukan dunia ni tak bermakna, ( takkanlah Allah cipta dunia ni untuk sia-sia ) cuma dunia ini tidak bernilai. Tiada nilai jika dibandingkan dengan hidup kat akhirat sana. Kat akhirat sana bahagianya kalau kita boleh bayang perkara paling bahagia, sebenarnya bahagianya jauh lagi berkali ganda dari apa kita bayangkan. Sakit perit kat akhirat sana kalau kita rasa kita dah lalui perkara paling perit pedih payah sedih kat dunia ni, sakit perit kat akhirat sana jauh lagi berkali kali ganda. Yang perlu di’highlight’kan, hidup kat sana tak ada akhirnya.

Kita kadang kadang untuk tak rasa kosong, kita isi dengan gelak ketawa manusia. Kita attach mereka di hati kita. Which is why kita susah nak let go bila sampai masanya. Sama juga dengan binatang peliharaan kesayangan dan barang-barang yang kita sayang.  Tak salah sayang. Dah memang fitrah sayang. Tak salah simpan dalam hati. Memang tulah sebab Allah ciptakan hati, letak emosi.

Tapi yang jadi masalah dia kita lupa yang tak ada benda yang kekal dalam dunia ni. Semua benda akan datang dan pergi. Dan bila benda atau perkara tu pergi, waktu tu hati kita akan berbarai sakit. ( Saya jamin sakitnya boleh tahan sakit lah jugak.) Sama jugak bila kita decide untuk buat something kerana something. Bila yang something tu sampai masanya pergi, kita akan hilang punca, hilang semangat. Lalu buat something kerana something tadi terhenti setakat tu jer.

Perlu kita ingat dan sentiasa diingatkan bahawa tiada perkara yang gerenti kekal. Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah jom cuba isi ruang kosong dalm hati tu dengan perkara yang kekal. Tak lain tak bukan : Allah sebagai Tuhan. Perumpamaan dia ibarat bangunan. Kalau basic dia bagus takkan lah bangunan runtuh. Lepas tu nak isi apa nak sumbat apa pun dalam bangunan tu sumbatlah. Sebab bangunan dah terjamin selamat untuk digunakan.

Sama jugak dengan sekeping hati yang dibawa berlari. Deep down at the bottom of the heart, kita letak Allah di situ. Kerana dengan cinta rahmat dan kasihnya kita diberi sekeping hati untuk merasai dan merakam betapa indahnya hidup ni. Nikmat duit, nikmat cinta, nikmat bahagia dan segala bagai nikmat nikmat lain lagi. Dan tidak akan menjadi persoalan atau kesedihan saat nikmat yang dipinjamkan itu ditarik kembali dari kita kerana kita faham dari Dia semua perkara datang dan kepada Dia semua perkara akan kembali.

Bukan lagi persoalan bila barang kita sayang hilang. Bukan lagi persoalan bila kawan tinggalkan kita sorang sorang. Bukan lagi persoalan bila kita rasa tak diperlukan. Bukan lagi persoalan bila henset jatuh dalam lubang jamban. ( Heh he ) Sebab kita faham pada hakikatnya memang tiada satu pun milik kita sejak dari mula. Akan sampai waktunya mereka harus dipulangkan kembali.

 Yang seronoknya kalau kita redha beriman ikhlas dan percaya, mereka yang pergi itu akan Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Ibaratnya kita sayang proton wira 1995  yang banyak berjasa dalam hidup kita tu, tapi mak ganti dengan 2014 Bugatti Veyron “ Rembrandt Bugatti ”. ( Aha! Ko pon tak tahu bugatti tu apa kan. Bapak cool tak? :P )

Tapi saat semua perkara mula tinggalkankan kita sendiri, dan kita mula rasa kita tiada apa apa, tiada siapa siapa, waktu tu ingat yang kita ada Allah. ‘Hasbi Rabbi Jallallah’ . Cukuplah bagiku Tuhanku.


Syair Arab bagi penampar :


Tidaklah berbahaya
Jika sebuah kapal berada di atas air
Tetapi yang berbahaya adalah
Jika air ada di dalam kapal.

Keberadaan seorang mukmin di dunia
Bukanlah sebuah masalah
Yang menjadi masalah adalah
Jika dunia berada di hati seorang mukmin.





Comments

Popular posts from this blog

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...