Skip to main content

Harapan dan Penyesalan



Setiap orang ada sesal dalam hidup. Bahkan kadang-kadang bukan satu, tetapi beribu. Sesal yang anehnya terkadang berpunca daripada cuma satu perkara. Bukannya kita tak belajar dari pengalaman yang mengajar, tapi kerana kita terkadang ego misalnya. Atau kerana sayang puncanya. Kita berulang-ulang kali melakukan kesilapan yang sama, bertandang-tandang rasa kesalnya. Dan akhirnya kita hidup dengan harapan binasa.

Sesuatu yang bertentangan dengan sifat harapan yang menghadirkan keyakinan. Kita hidup dengan berharap dapat kembali ke waktu lalu untuk memperbetulkan kesilapan kita hasil daripada penyesalan. Dan kita mula tertanya-tanya sejauh manakah laluan kita sekarang akan berbeza sekiranya kita tidak melakukan itu atau ini satu ketika dulu. Atau permainan seandainya mula bermain tarik tali di dalam kepala bila rasa sesal menghantui masa.

Yang menghairankan adalah bukan sekali kita merasa sesal tetapi terus-terusan mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin kerana rasa sesal itu datang bila kita sedar kita rindu, atau bila kita sedar kita kehilangan sesuatu, dan kita hidup dengan penyesalan tanpa noktah. Persoalannya adakah peluang yang akan datang untuk menebus kesilapan lalu itu akan kita gunakan sebaiknya atau kita akan terus menyesal dan menyesal.

Peluang datang bukan seperti yang kita harapkan. Berhentilah berharap andai dapat aku kembali ke waktu dulu. Situasi yang sama sebijik tak akan berlaku. Tapi setiap masa adalah peluang dan ruang. Sekurang-kurangnya kita takkan menggunungkan lagi rasa sesal yang sudah sedia ada.

Bercakap tentang sesal, sebenarnya cuma ada satu sesal yang benar benar tak berguna. Sesal di akhirat sana, sesal bila tengok ruang catitan dosa lagi banyak daripada pahala, sesal bila ganjaran pahala selama ini masuk buku orang lain kerana perbuatan kita yang menganiaya, sesal sebab mensia-siakan masa di dunia dan sesal bila tengok orang lain masuk syurga, kita pula....

Wahai Allah, masukkanlah kami dalam golongan yang diberi Rahmat dan Taufiq Hidayah oleh Engkau. Dan masukkanlah kami ke dalam Syurga bersama para Solihin.

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...