Skip to main content

Die Welle = The Wave


Dulu aku teringat waktu aku belajar Bahasa Jerman, cikgu tayang satu movie yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di sini. Nama dia 'Die Welle' maksud nya 'The Waves'. Ok lah jujur mengaku 83% aku nganga je dalam kelas sebab tak faham kah kah kah. Time orang gelak aku pandang orang lain sambil tertanya-tanya kenapa mereka gelak. Tapi secara kasarnya aku faham lah jugak movie tu pasal apa.

Movie itu menceritakan kisah seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah yang pada mulanya ingin menarik perhatian dan memupuk minta di kalangan pelajar beliau tentang sejarah dengan memulakan sebuah experiment bagaimana seorang diktator memimpin bersama pengikutnya. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar, bahkan kumpulan tersebut mula terkenal dan mendapat tambahan ahli yang sangat ramai.

Uji kaji itu walau bagaimanapun mengundang padah apabila banyak perkara yang berlaku di luar kawalan cikgu tersebut kerana pelajar-pelajar beliau mula merasa bangga dengan kumpulan mereka yang dinamakan 'Die Welle' dan banyak bertindak secara yang tidak sepatutnya. Movie ini sampai ke penghujungnya apabila guru tersebut mengadakan perjumpaan dengan semua anggota kumpulan dengan niat untuk menghentikan gerakan kumpulan tersebut selepas membuktikan bahayanya seorang diktator dan pengikut yang mengikut membabi-buta. Namun plot ter'twist' dengan tindakan seorang pelajar yang telah menjadi fanatik menembak dirinya sendiri selepas mencederakan kawannya sendiri kerana tidak dapat menerima kenyataan dan keputusan bahawa kumpulan itu berakhir di situ.

Kenapa saya ceritakan movie ni? Apa lagi, sesi bedah movie lah heh hee. Persoalan pertama, kenapa kumpulan sebegitu  mendapat sambutan ramai? Bahkan ahli asal yang hanya terdiri di kalangan pelajar kelas sendiri itu bertambah dalam masa yang singkat. Oh ye, kejadian ini berlaku cuma dalam masa tempoh tiga minggu. Ahli asal yang terdiri daripada 20++ bertambah kepada hampir 100 orang dalam tempoh tersebut.

Jawapannya kerana manusia pada kebiasaanya ingin rasa yang: They belong to something. Seperti I belong to this group. Mereka mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai panduan, jalan hidup, matlamat dan lain-lain dan dengan sebab itu mereka menyertai sesebuah kumpulan atau membina kumpulan kerana mereka fikir kumpulan itu ada matlamat atau memiliki matlamat yang serupa dengan mereka. Dan mereka berfikir semua perkara boleh dicapai apabila bersama. Susah senang bersama. Senang cerita mereka fikir: They got someone to trust their back. Selain itu, manusia juga biasanya ingin kehadiran  mereka diakui dan disedari. Instinct inilah yang mendorong ramai pelajar tadi untuk menyertai kumpulan tersebut.

Perkara kedua yang saya ingin kupaskan adalah mengenai pelajar yang telah mengakibatkan bencana yang besar di akhir cerita. Pelajar ini pada mulanya seorang pelajar bijak tetapi nerd dan tidak mempunyai kawan. Pelajar ini juga merupakan anak tunggal dalam keluarga dan diabaikan oleh ibunya sendiri. Dia bahkan sering menjadi mangsa buli pelajar lain. Sejak tertubuhnya kumpulan tadi, dia tidak lagi dibuli kerana rakan sekelasnya telah bertindak mempertahankannya. Apa yang menarik lagi, dia juga telah memperoleh ramai kawan dan rakan-rakan sekelasnya yang pada asalnya mengendahkannya mula menegur dan menyapanya.

Jadi saya rasa mesti semua sudah dapat simpulkan kenapa pelajar baik tadi sanggup melepaskan tembakan kepada rakan yang telah melindunginya daripada dibuli pelajar nakal lain. Dan setelah dirasionalkan pemikirannya tentang perbuatannya dan hakikat kumpulan tersebut, pelajar tersebut bertindak membunuh diri sendiri pula. Mungkin apabila memori lama dan rasa kesunyian itu datang menerjah ke kotak fikiran pelajar itu, pelajar itu sedar yang dia tidak mahu kembali ke waktu itu, dia bertindak mengeluarkan pistol yang baru sahaja dimilikinya itu. Itulah kuasa lohong kesunyian bersendirian. Tiada siapa yang suka akannya.

Tetapi sejak awal idea ini dipersembahkan oleh guru itu, terdapat segelintir pelajar yang dari awal lagi menyedari bahaya perkara sebegini. Bahaya uji kaji ini. Dan mereka telah menentang dan menyebarkan risalah sehingga ke akhir cerita. Saya tidak dapat memberi komen tentang bagaimana mereka dapat rasa perkara itu bahaya dari awal lagi tetapi saya ingin ingatkan tentang bahaya uji kaji dalam hidup kita. Ada waktu kita cuba jadi bukan diri kita dengan bermacam tujuan. Ada yang ingin berubah. Ada yang kerana ingin 'masuk' dengan orang sekeliling. Ada yang kerana terpaksa. Dan tanpa sedar, uji kaji kita menjadi sebahagian hidup kita. Walaupun kita pernah diingatkan tentang bahaya apabila sudah terbiasa, kita memandang enteng perkara tersebut. Kerana pada awalnya kita fikir perkara itu mustahil untuk berlaku. Sehinggalah kita terperangkap dalam uji kaji kita sendiri.

Kesimpulannya, apapun yang kita buat kalau betul kerana Allah, mengikut syarak dan dipandu dengan ketakwaan dan rasa takut kepada Allah, insya Allah jalan kita pilih itu benar. Bukan sekali kita dengar orang cakap yang Islam ini syumul. Islam adalah satu jalan hidup yang lengkap. Jadi ingatlah, apapun prinsip hidup yang kita invent seharusnya tidak bertentangan dengan anjuran agama dan paling penting tidak menzalimi diri sendiri.

P/S: Kau ingat janji kau dulu kan? Janji untuk bagi mereka peluang. Jangan keras sangat dengan diri sendiri. Dan jangan bagi alasan sebab kau sayang diri kau sendiri, kau tak boleh runtuhkan dinding-dinding tu. Mungkin kau perlukan dinding baru.

Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.