Skip to main content

10 Perkara Tercela Yang Lahir Dari Emosi

Pada hati itu terletaknya 12 Emosi dan daripada emosi-emosi ini akan lahir 10 perkara tercela.

10 Perkara tercela yang terkait dengan emosi-emosi ini adalah seperti berikut:

1. Sifat Rakus Kepada Makanan- Emosi Pelbagai

2.  Sangat Loba Dalam Berkata-Kata- Emosi Suka pada Perkembangan

3. Marah- Emosi Keakuan

4. Dengki- Emosi Kawalan (Control; Leader vs Follower)

5. Kikir dan Kasih Pada Harta- Emosi Menyumbang

6. Kasih Kepada Kemegahan- Emosi Pencapaian

7. Kasih Kepada Dunia- Emosi Selesa dan Selamat

8. Takabbur (Membesarkan Diri)- Emosi Cabaran

9. 'Ujub- Emosi Cemerlang (Emosi yang inginkan TER serba serbi; Terbaik, Terpandai, Tercantik)

10. Riya'- Emosi Pengiktirafan/Penghargaan

Dua lagi emosi yang tidak disebut ialah Emosi Tanggungjawab dan Emosi Diversiti.

Untuk fahami lebih lanjut tentang 12 Emosi ini boleh cari di YouTube ceramah Ustaz Amin dengan kata kunci: Pesona D Zahra Ikim 12 Emosi.

Saya pernah dengar tetapi agak susah untuk saya kongsikan dalam bentuk tulisan.

Perkongsian emosi ini menarik untuk faham tentang peribadi seseorang dan seterusnya bermuhasabah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dengan tujuan mencari redha Allah SWT.

Tambahan lagi, dengan memahami emosi-emosi ini, ia membolehkan kita untuk faham manusia-manusia lain sekaligus mewujudkan suasana yang lebih harmoni sesama kita.


Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...