Skip to main content

kembara

Di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur,aku terfikir akan kebesaran Allah.Sungguh Allah itu Maha Mencipta dan ciptaanNya adalah sebaik-baiknya.

Di tengah2 bandaraya yang gah dengan bangunan pencakar langit,masih ada haiwan liar yang mendiami di belukar2 rimbun berhampiran.

Di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur itu,aku melihat ramai yang mengejar dunia iaitu keseronokan yang tidak bertahan lama.

Di tengah2 bandaraya itu,aku melihat bahawa kiamat semakin menghampiri kita.
Tapi berapa ramai yang menyedariNya??

Anak2 muda sibuk mendedahkan aurat seakan-akan itulah kebanggan mereka. Lantas aku merasa berdosa kerna tidak mempunyai kekuatan utk menegur mereka. Sejujur-jujurnya, bukan sahaja di dunia luar,tapi apabila aku juga berada di sekolah,aku takut utk memegang amanah,aku takut utk menegur kemungkaran.Sebenarnya mungkin itu kerna aku tidak peduli apa yang org lain buat.Namun aku tidak dapat melarikan diri drp fitrah yang lahir scra semulajadi dlm diriku,iaitu sifat ‘mengambil berat’.kalau tidak aku yang menegur,maka siapa yang akn menegakkan kebenaran di muka bumi Allah ini?? Bukankah manusia tu dicipta utk menjadi khalifah??aku lebih suka kerja ku tidak diketahui org lain kerna aku lebih suka bekerja di sebalik tabir.Aku suka menolong orang tanpa diketahui siapa diriku...lawaknya.. mcm batman,takpon superman,takpon spiderman..ahaks2..Yang pasti aku sangat takut jika aku dipersoalkn di akhirat kelak akan tugas (menegur) yang tidakku jalankn sebaik-baiknya ini.Mana mungkin dapatku jawab sendiri kelak..

Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah kerna sering melarikn diri drp tanggungjawab ni.

Kerna tidak berani menegakkan Agama dan kebenaran di atas muka bumi ini.

Ya Allah,jangan Kau bebankan aku dengan tanggungjawab yang tidak mampu ku galas.



Tapi juga, Di tengah2 bandaraya itu,aku lihat masih ada Islam.masih ada yang memntingkan perjuangan mereka terhadap agama mereka.Masih ada yang memntingkan undang2 Islam.


Buktinya, (scara jujur bagiku ia adalah lawak)sepupuku,Faiz.Dia adalah seorg yg hidup Di tengah2 bandaraya itu,namun dia nti-sosial.Dia jarang bergaul dengan perempuan2 lain.facebook pon dia xder.Aku pedih mendengar,kerna aku memiliki acount fb tu.konon,tidak mahu dianggap kolot.Tapi,Faiz langsung tidak memikrkan semua tu.Walaupun dia tidak menghafaz Al-Quran,namun bagiku,ujian di sana lebih kuat,kerna faktor persekitarannya,dan dia membuat ku tabik kerna tidak terpengaruh dengan suasana yang langsung tidak sihat.dahlah nak jadi imam.skrg jadi ajk surau.tapi,ape2pon aku berdoa’ semoga dia akn sentiasa berada kt jalan yang betul dan diredhai Allah.dan tetap berpegang kuat pada agama Allah.

ulasan selepas mengembara di bumi Allah..

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...