Skip to main content

Arghh!!Aku lupa!!

               Hari ini hati aku terbuka untuk menulis sedikit tentang ibu bapa..Owh,maaflah andai pembaca fikir bahawa sempena Aidil Adha ini,saya akan berkongsi sedikit pengalaman di sana.Hajat hatinya memang begitu,tapi saya tidak dapat menahan air mata saya,apatah lagi sekarang mereka yang bertuah sedang menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.Hati dirundung rindu yang teramat sangat..

               Tiadalah apa yang ingin saya coretkan pada waktu ini,melainkan ingin mengajak pembaca tertanya-tanya seperti mana saya tertanya-tanya lama,:Apakah yang telah berlaku sepanjang kita berumur 1 hari dan sampai umur 5 tahun?..Mengapakah kita lupa?>...

                 Waktu itu adalah waktu di mana ibu bapa kita betul-betul mengambil berat tentang kita.Bukan saya katakan ibu dan ayah tidak lagi cakna akan kita selepas kita sudah dewasa,tetapi sewaktu kita kecil,ibu dan ayah memberi pengawasan yang begitu rapi sekali ke atas kita kerana kita masih tidak mengerti,mengetahui dan memahami apa-apa.

               Mengikut sains,faktor kita tidak dapat lagi mengingati apa yang telah terjadi sewaktu kita masih kecil adalah kerana sel-sel neuron kita belum lagi tumbuh.Tapi,mengikut Islam,Allah telah menarik atau mencabut ingatan kita waktu itu.Mengapakah al-Khaliq berbuat demikian?..Jawapan sahabat saya:Kerana Allah ingin menguji kita..Adakah begitu?..Ermm..Seandainya ada pandangan lain,bolehlah dikongsi bersama saya kerana saya ini miskin ilmu,jiwa dan amalan..

                 Ingin saya mengajak pembaca kembali menyergah ruangan minda kita,apa yang telah ibu dan ayah lakukan sewaktu kita masih kecil?..Seandainya kita masih boleh mengingati indahnya senyuman ayahnda dan bonda sewaktu menyambut kelahiran kita,Adakah pasti kita akan meninggikan suara kita kepada mereka?..Seandainya kita masih terdengar jeritan dahsyat ibu sewaktu melhirkan kita,Adakah kita akan sejenak mengecewakan harapan boda kita?...

                    Seandainya sahabat-sahabat..Cuma Seandainya..Pernahkah sahabat-sahabat melihat foto-foto sewaktu anda masih kecil?..Terlihatkah anda pancaran kegembiraan di wajah mereka yang tulus menyayangi dan mengasihi kita?Jadi,mengapa dan kenapa,apabila kita diberi keupayaan untuk membalas jasa-jasa mereka,kita pula sebaliknya..Kita mengukir kedukaan di jiwa mereka..Sedangkan mereka mengharap kita membesar dengan sempurna agar kita bisa menolong mereka sewaktu mereka tiada lagi berdaya,menjaga mereka sewaktu mereka tidak lagi dapat bergerak cergas seperti biasa.Apa yang telah kita balas untuk ibu dan ayah yang telah sanggup menggadai nyawa untuk kita dulu kini dan selamanya.Seandainya mereka diberi pilihan sama ada seisi dunia ini atau kamu,mereka pasti akn memilih kamu.Ya Allah tingginya kasih-sayang mereka..Subhanallah Ya Rahman,ya Rahiim.Engkau telah menujuk kasihmu kepada hamba-hambaMu melalui orang tuanya,tetapi mengapa kami terlalu buta untuk meilhat..

                  Sahabat-sahabat pernahkah kita tersempak dengan seorang ibu bersama anak kecilnya.Begitu bahgia ibu itu bukan?..Lantas,saya melihat wajah emak sekarang,penuh tersirat..wajah itu meyimpan seribu rasa.Adakah aku telah berjaya membuat ibu gembira dengan kehadiranku?Atau aku sekadar menyusahkan mereka dengan keadaanku,dari kecil samapai dewasa..

               Ya Allah,seandainya Engkau memberi kami daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,aku yakin..Tiada seorang pun anak-anak di atas dunia ini akan menderhakai ibu bapa mereka.Tiada seorang anak pun akan meninggikn suara mereka kepada orang tuanya.Tiada seorang anak pun yang akan membuat ibu dan ayah bersedih..Tapi aku cuma hamba,yang diberi akal untuk berfikir,dan Engkaulah Yang Maha Mengatur dan Lebih Mengetahui...Engkau Tuhan Kami,Tuhan seluruh alam ini..

               Ya Allah dengarkanlah kami..Kami tahu zaman kami kecil itu sanagtlah bermakna.Tapi,malangnya kami tidak mampu mengingat kembali.Tidak pula kami meminta agar diingatkan semula,cuma apa yang kami pinta Kau jagalah ibu dan ayah kami sebagaimana mereka telah memelihara kami dan lebih dari itu Ya Allah.. Ya Allah rahmatilah hidup mereka dengan pembukaan pintu rahmat dan keampunan Mu yang seluas-luasnya...

               Ya Allah yang Maha Mendengar dan Memperkenankan segala doa,kau golongkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yan soleh,yang taat perintahMu,yang mencintai RasulMu dan yang mampu menggembirakan hati-hati bidadari kami Ya Allah.Hadirkanlah kami sebagai penyeri hidup mereka..Hadirkanlah kami sebagai penyejuk mata.

              Ya Allah,mungkin saat-saat yang terlepas telah kami sia-siakan.Jadi,jangan Engkau biarkan kami membazir lagi saat yang tersisa kerna kami tidak ada pengetahuan tentang kematian Ya Allah.Biarkan dan izinkan setiap saat kami mengukir senyuman di wajah yang telah menanggung 1001 keperitan dan kesusahan untuk membesarkan kami..

Dengarkanlah Ya allah..
Dengarkanlah Ya Allah..
Dengarkanlah rintihan penyesalan kami..-


Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.