Skip to main content

Tabahlah Hati-

    jangan difikir derita akan berpanjangan..kelak akan membawa putus asa pada Tuhan..ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan..setelah kabus berlalu.. pasti cerah kembali ..Kata2 yang saya copy dari status aqila a.k.a acik... Post kali ni lebih tertuju untuk diri sendiri...supaya saya moga-moganya lebih kuat dan tabah dalam melangkah...Hari Ahad,saya akan kembali smula ke sekolah baru..(maaf nanti ada masa saya akan ceritakan pasal skolah baru saya)..kalau first time dulu,saya hadir kerana emak..Ahad ni,Insya Allah,berubah niat.."Hadirku semata-mata keranaNya"
 Duhai diri,lupakah kamu akan janji Allah...Janji Allah yang akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya.. kamu tanya:mengapa kamu harus terus berjuang..Nah,ni jawapan dari Rabbumu..
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)" (At Taubah,41-42)
   Ya Allah,saat kekuatanMu megah bertebaran di atas bumi,aku terduduk menyembah Mu,merayu kekuatan untuk Kau pinjamkan..Bantulah aku untuk teruskan perjuangan..Wahai diri,Allah itu sentiasa bersamamu,jangan pernah rasa sendiri..jangan pernah rasa sendiri...setiap amalnmu pasti disaksi oleh penghuni-penghuni langit..Ini FirmanNya,
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."(surah arRa'd,ayat 11)
           Allahu ma'aka fiima aina kunta...isbir yaa 'abiid!!~..isbir!!-Inna Allahu ma'a assobiriin...kehebatan sabar itu cuma Allah yang tahu...bersabarlah di ats perpisahan..kerana sama ada yang meninggalkan atau yang ditinggalkan itu,pasti mendapat manfaat...
"(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."Ar-Ra'd:24)
    Saat dahimu mencecah sejadah dunia,ketahuilah..dirimu itu sepenuhnya Milik Allah..Maka,serahkanlah setiap satu kepada Allah..Merasai kehadiran Allah di hati itu,akan menjadikan kita sentiasa ada yang menemani..Tanpa mengingatiNya pula,diri kita akn kosong,kesepian.Penuhilah hidup dengan kasih dan sayang terhadapNya.. zikrullah itu adalah mengingati Allah..
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(ar-Ra'd:28)
   Aku bersyukur kerana diuji..kerna itu mendekatkan diriku pada Tuhanku..tapi terkadang aku merasa lemah..Ya Allah,kuatkanlah imanku...Dengan rahmat dan nikmatMu ini,kadang2 menjadikan aku semakin lalai,alpa dengan kesenangan..Sekarang,aku belajar menghargai...belajar untuk hidup.dan hidup selepas aku lama 'mati'.. aku berlindung Ya Allah,daripada tergoong dalam hamba-hamba yang apabila diberi nikmat,lantas lupa kepadaMu..
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu)."(An-Nahl:53-55)
  Dan,janganlah pernah kamu mengetepikan Al-Quran dalam kehidupanmu..kerana dunia ini tiada nilainya di sisi Allah..kejarlah akhirat untuk melalui dunia..kejarlah benda yang kekal..bersegeralah dalam kebaikan... 
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."(al-Israa':9)
Teruskanlah,istiqmahlah dalam amalan..Jangan tinggalkan segala apa yang telah terbiasa dalam kehidupanmu hanya kerana biah itu tiada...ingatlah ketika seorang sahabat meminta Rasulullah mendoakannya untuk masuk ke syurga.Rasulullah menjawab,bantulah aku dengan membantu dirimu perbanyakkan sujud...Surah al-Israa':
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
[79]
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
[80]
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
[81]
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
[82]
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
[83]
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
[84]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
   Akhir kalam..langit itu takkan sentiasa kelam..pasti ada siang dan malam..tempuhilah dengan ketaqwaan kepada Allah..kerana Allah...m0ga hati2 tertaut di jalan menuju Allah...Redha Allah matlamat utama!!~tanamkan sifat yakin kepada perancangan Allah...serahkan seluruh jiwamu kepada Rabb..m0ga Dia sembuhkan untukmu kelukaan-kelukaan yang terparut di hati..Ujian ini tanda allah kasih kepada hambaNya,kerana Dia tidak mahu kita jauh dariNya...senyumlah,dan jangan lagi merungut wahai diri!kerana Allah lebih mengetahui...jika indahnya syurga dapat ditatap,pasti hati xalpa berzikir..jika seksa neraka dapat dilihat,pasti hati takut berbuat dosa..
:Rabbi,laa tazarni fardan..wa anta khairul wakiliin..

Comments

Popular posts from this blog

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...