Skip to main content

Street Dakwah


Bismi Rabbi. Allah Ar-Rahim. Keif Hal?Insya Allah,gut. May the day fill with good only.Huh! Ni dah campur empat bahasa. Errk.. Satu perkataan je pun dari bahasa tu… Aku gembira aku Ex-Pasum. Huh? Tetiba jer? Sebenarnya ada banyak perkara aku nak kongsi dan cerita. Namun,bimbang riak yang menguasai hati di penghujung usia nanti. Ingin aku simpan,rasa rugi. Terkadang aku rasa nak berhenti menulis. Bila aku baca balik apa aku tulis,kadang kadang aku tak macam apa aku tulis. Terasa macam orang lain yang tulis. Eh? Ke ada orang hack blog nih? Pastu dia post.. Hurrmm. Ye kot.

Semalam,waktu aku rambang membuka Tafsir Al-Quran, aku buka di Surah 61. Solid Lines. (As-Saaf). Mata aku tertancap pada ayat ke 2 dan 3, [You who believe,why do you say things and then do not do them? It is most hateful to God that you say things and then do not do them ]Terus tangan menutup buku terjemahan. Walau hati tahu ayat ini diturunkan kerana waktu dulu ada yang meminta untuk berperang tapi bila turun perintah Allah,mereka tidak mahu berperang.. Namun,jika aku ambil secara umumnya ayat ni,jelas tertuju kepada mereka yang cakap tak serupa bikin. Bila baca buku buku,blog blog tulisan Hilal dan team langit Ilahi, Angel pakai Gucci, Budak tomato rasa macam malu sangat. Malu dengan Allah sebab takde satu pun yang Allah tak tahu tentang diri ni. Jap jap. Apa kaitan kau dengan blog blog tadi?Oh.. Bila aku baca blog diorang,aku tahu diorang baik. Huh? Maksudnya diorang walk the talk la. Aku kadang kadang tak.Kadang kadang buat. So,bila tulis macam macam,macam happe jer. Tapi,aku harap dengan tulisan ni bagi aku debitla jugak kat akaun sana aku. Tapi dalam masa sama aku debitkan jugak  akaun sana lagi satu sebab aku pandai tulis jer.

So,ni nak tutup tak blog ni? Bagi aku jer baca? Eheh. Sengih jahat. Dan bila aku nak cakap pasal dakwah,aku rasa macam berat sebab tajuk ni besar sangat. Bukan senang nak dakwah. Dakwah pada diri sendiri.Dakwah pada famili sendiri yang tahu hampir semua sifat sebenar kita. Dakwah kat kawan kawan rapat. Dakwah kat saudara mara sepupu sepapan. Dakwah to the strangers. Susah kan? Lagi lagi bila manusia ada persepsi masing masing. Dengan kalau silap sikit kena bash satu gunung,tapi kalau orang biasa yang buat sedangkan dia islam jugak takde pun yang nak baling batu tunjuk jari. Katanya dai’e ni kena set example. Orang Islam lain tak kena set example jugak ke? Set example kepada mereka bukan Islam.Tak ke? Satu cerita pernah disampaikan kepadaku. Anaknya ajak kawanya masuk Islam. Kawan anaknya tu orang Jepun. Boleh bayanglahkan macam mana disiplin dan sopannya orang Jepun. Sampah pun takde. Kawan anaknya kata buat apa saya nak masuk Islam? Kami lagi baik dari Islam. Tengok macam mana kami bla bla bla bla. Takleh nak blame kawan anaknya tu sebab dari sudut fizikalnya memang mereka lagi baik dari Islam. Moga dia diberi hidayah. Dan ada jugak kata a practicing muslim ni hanya untuk orang baik baik. Humph. Islam hadir untuk membaikkan,bukan hanya untuk orang baik baik. Oh ye,dakwah ni seru. Dai’e ni penyeru.

Hari tu baca status Afiq Sazlan pasal orang mengadu nak dakwah tapi kamera takde. Huhu. Oleh kerana sekarang zaman dihujung jari,memang patut pun para dai’e ni memanjangkan langkah untuk bergerak seiring dengan dunia. Tapi Afiq sendiri takde kamera. (suka suki kau panggil dia Afiq kan? Padahal dia lagi tua. Habis? Nak suruh panggil Abang? Huh. Datang fitnah baru nganga) Habis? Afiq rakam guna apa? Afiq rakam guna kameralah pandai. Kata takde kamera. Dia pinjam kamera kawan dia. Oooh.

Tapi awal Ramadhan hari tu jugak aku diperkenalkan dengan street dakwah. Oh i love the name. Street Dakwah. Ingat ada street dance jer ker? Huha. Haru kau. I follow a man on fb, and I don’t know which country he is from. But his name is Imran. Recently, in Ramadhan, they was streeting dakwah in the street.(betul ke tak istilah nih.. --“). They wore a written shirt Is Life just A Game? Uh, and they have debates with Christians,atheist and all. Of course in a nice way. J And almost everyday ada orang ucap kalimah syahadah. New brothers! Alhamdulillah. Apa English English nih. Batuk batuk. Minum air. Tentu sekali aku kagum dengan bagaimana mereka mempersiapkan diri untuk mematahkan hujah hujah dari agama agama lain. Oh,lagi satu.. They even offered free tafsir Quran in English. Mana aku tahu semua ni? Laa.. Aku baca status dia la. Dia cerita semua. Ada sorang laki tu dia sangat ingin tahu pasal Islam.He questioned macam macam.  Dia even dah ada Tafsir Quran tapi dia tak muslim lagi sebab dia cakap dia not ready yet to take the shahadah. Dan dia tahu banyak pasal Islam. Moga Allah menyelamatkan dia  daripada kekafiran. Ada jugak cerita atheist atheist yang hujah mereka semua patah,jadi dia cakap:Oklah,cuba debate dengan buku ni pulak. (Ada satu buku atheist tu,entah apa entah nama.) But in the end,Alhamdulillah team Imran Berjaya patahkan semua hujah and mereka terus blah macam tu jer. Apapun didoakan mereka diberi hidayah. Dan macam macam lagi cerita dari Imran dan kawan kawan dia.

So,apa aku nak cakap sebenarnya street dakwah bukan budaya kita. Or aku yang katak dibawah tempurung nih yang tak pernah tahu wujud orang macam tu kat Malaysia. Oh yer, SD (street Dakwah) Imran tu gaya dia kumpul kat satu park and hah macam tulah.. Macam budaya mereka. Pernah dengar tak pasal guru tadika membawa satu kelas dia buat street talk. Street talk eh? Suka suki jerk an bagi nama. Takdelah,budak yang kindergarten umur 6 tahun tu speak in public. Ini budaya mereka. Untuk bina soft skill dan keberanianlah. Tak silap they talk about saving the green,earthlah kan. Budaya ni diamalkan kerana jelas membentuk dan membantu pembinaan potensi dan personality diri. Dan orang orang mereka sangat supportive. Mereka dengar apa yang budak 6 tahun nak katakan. Cool kan? 6 tahun dah boleh diri atas kerusi tepi jalan dan cakap apa nak cakap. Ini budaya mereka. So, don’t get me wrong. Aku tahu wujud mubaligh yang jalan rumah ke rumah ajak pergi masjid dan sebagainya. Aku nak cakap yang SD macam Imran tu yang takde kat Malaysia. Dan pasal pakcik pakcik mubaligh tu pun dah makin kurang. So,jom syabab harapan ummah sebab kita je harapan pakcik pakcik ni nak sambung apa yang diaorang buat. Dan it just a suggestion,SD jom. (Ok. Ni sebenarnya effect kagum macam mana mereka boleh berilmu dan berhujah dengan baik sehingga mematahkan kebatilan dan mencahayakan mana yang gelap) Mungkin tak sesuai kot kat Negara kita. Dari aspek tu,aku tak ambli kira lah pulak. Cuma semangat.Hehe.

Persoalan dia,kita Negara Islam. Masjid surau senang nak dapat. Tak macam duduk kat neagara luar yang solat tak ikut tempat. Bantai je. Asal tiang agama terdiri terjaga.Jadi purpose of this SD? Humph.. Bila difikirkan balik,majoriti kita Islam. Namun islam pada adat. Macam Ustaz Pahrol cakap.. Bila aku turun ke dunia campur ni,dunia yang besar ni,aku perhati banyak perkara. Yerlah selama ni aku dalam biah yang terpelihara. Antara perkara aku perhatikan ialah sikap muslim dan sikap Melayu. Bila nak bebel pasal sikap melayu dan Islam,eheh sorila.. panjang bermuka muka.Kadang kadang aku takleh nak beza dia ni Muslim ke tak? Tak memasal mengkafirkan orang tetiba nanti. Astaghfirullah.So,biasanya aku tanya orang lain dulu dia ni Muslim ke Non-muslim.(malu la weh nak tanya direct dia ni Islam ke?. And lagi satu aku taknakla dia rasa di differentiate kan,nanti gap sedia ada makin jauh)Dan aku terfikir mereka tak pernah ke terfikir soalan ni:Apa beza aku yang Islam ni dengan yang non-muslim? Soalan baik siket: Apa beza aku yang beriman dengan Allah dan 6 perkara rukun iman ni dengan mereka yang disbelief? But then,aku doa mereka disinari hidayah Allah sebab aku percaya lambat laun kita semua nanti akan kembali kepada fitrah. Fitrah berTuhan. Fitrah suka kepada kebaikan. Fitrah takutkan mati. Well,turning point hidup ni milik Allah.Insya Allah.

Uh,dan bercakap pasal SD in Malaysia.. So apa yang patut kita buat? Mungkin lebih kepada mengajak orang kembali mengamalkan agama Islam. And yeah,boleh seru jugak mereka mereka yang menganut agama lain supaya mengaku hanya Satu Tuhan yang benar iaitu Allah. And yeah, boleh panggil orang syiah betulkan balik fahaman dan kuatkan orang Sunnah. Errk,bro. Gaya kau cakap senang je kan. Oh yeah. This is just a wish. So that I can see an Islamic country not only a Negara Islam. Dan siapa yang nak gerakkan? Mesti ada starter kuut. Yang tu takleh jawablah.Sori. (this is what I mean with only tahu talk and bebel. Haha) Aku baru nak mekar kembang. Mana dapat den nolong,bolehla. Tapi ilmu di dada mengehadkan langkah. Jadi perlu banyak menuntut dan memperdalamkan. Tapi seronok jugak kan boleh tengok live SD nih. O Allah,grant me a chance and chances.

So yaahh. Moga moga rakyat Malaysia mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian. Susah itu yer. Tapi cuba. Sebab bila dah rasa halawatul iman,semua benda tu akan jadi kita makin nak buat makin nak buat. Someone said to me this before. Dan ayuh panjatkan doa agar Muslimin di seluruh dunia terbela dan alkafirun dihancurkan. Inna nasrallahi qoriib. Amin.Oh yer, dah tengok gambar seorang muslimah mukminah mesir yang mayatnya ketawa? I mean mayat tu ‘ketawa’ bukan ada suara. Bukan. Cuma mayatnya lebih dari senyum. Nampak gigi kuut. Senyum mana nampak gigi! Tu baru sorang dari ribuan yang dibunuh.Allah,berbahagialah mereka kembali bertemu denganMu dalam keadaan Engkau redha dan Engkau suka bertemu dengan mereka. Meremang tegak bulu roma tak turun turun setiap kali teringat gambar tu. Tapi yang memalukan diri aku, aku masih di sini,dalam majlis Raya,jamuan raya,dikelilingi suasana ceria tanpa menjaga batas pergaulan,bergambar duet,bertepuk tampar usap. Sangat memalukan dan mengecewakan bila mana waktu tu,jutaan rakyat mesir berarak menuju dataran dan aku,kami berdendang sakan lagu raya. Pernah aku terbaca hadis Nabi mafhumnya,siapa yang tidak kisah pasal Islam,bukan kalangan mereka. [riwayat Thabarani].Aku sebagai manusia pun dengan sifat kemanusiaan aku simpati. Bagaimana wujud mereka yang boleh mengutuk,malah menggelar mereka pemberontak? Dan aku cuma boleh bagi simpati dan doa? Allah,sikit sangat sumbangan aku untuk Islam. Ketika mereka mempertaruhkan nyawa untuk keadilan ditegakkan,aku masih berperang untuk tidur atau tak selepas subuh. Dan tu pun,aku selalu tewas.

Setakat ni je. Barakallahu fiikum... Ha... Nak jawab pe kalau orang cakap macam tu? Jawab Wa fiika barakallah. Alhamdulillah. Dapat lagi ilmu baru.. Assalamualaikum warahmatullah.



Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...