Skip to main content

Tuhan Akan Menguji


Salamun 'alaikum warahmah wabarakah. Lama rasanya tak update blog. Hari tu idea melimpah,tapi sangat malas. Bahkan, cerpen baru masuk bab dua dan tak siap siap. Eheh. Takleh nak buat apalah kan kalau che dah malas naa....

Ada banyak perkara yang nak aku tulis, tapi buat masa ni, ada satu perkara yang asyik mengetuk hatiku.

Tentang kata kata kita. Yang kita declare. Satu hari nanti akan diuji.

Ya, dia pernah memberitahuku. pernah mengingatkanku, Pernah menegurku. Namun aku yang entah apa ke gagal logiknya, dalam diam menafikan perkara tu.

Kamu percaya tak, yang apa kamu kata hari ini,akan diuji satu hari nanti.

Kamu percaya atau tak, apa yang kamu ikrarkan hari ini, akan bergoncang satu hari nanti.

Dulu aku ragu. Sekarang, all of them make sense!

Itulah antara hukum dunia yang aku belajar dalam kehidupan ini.

Al-Ankabut telah menyebut lama dahulu, bahawa mereka yang menyatakan mereka beriman akan diuji!

Maka dengan itu, bila kamu berdiri dan memberitahu diri kamu, aku akan belajar sehingga berjaya, di pertengahan jalan kamu ingin mengalah.

Bila kamu berjabat tangan dan berkata, ayuh bersahabat sampai syurga, persahabatan kamu bergoncang hebat.

Bila kamu menggariskan peraturan hidupmu yang tersendiri, kamu akan dapati dirimu melanggarnya satu hari nanti.

Bila kamu kata kamu cinta ibu ayah,kamu tersedar bila suaramu telah naik seoktaf dan mengguris hati hati mereka.

Jadi, setiap kata kita akan diuji.

Bahkan sebuah ikatan sah itu pun dilanda ribut.

Senyum. Inilah Ujian. Allah akan menguji setiap kata kita.

Kita kata kita beriman.
Kita kata kita cinta Tuhan.
Kita kata kita rindu Rasul.
Kita kata semua kerana Dia.

Allah akan uji, buat pengingat. Kerana kita mudah lupa.

Bila matlamat tersasar, bila iman berkurang, bila dosa menggunung, bila kurang menuntut, bila kurang mendengar perkara baik, bila ibadat jarang jarang, bila keyakinan mula bergegar.

Kita diuji buat pengingat, agar tak tersasar.

Ada kisah seorang sahabat Rasulullah saw yang sedang berjalan di Madinah dihampiri Saidina Abu Bakar. Nama beliau Hanzala. Maka Abu Bakar pun memberi salam. Namun Hanzala menjawab : Jauhi aku. Kerana aku seorang munafik. Aku telah menjadi seorang munafik. Jadi jauhi aku! Selamatkan dirimu dari kemunafikanku. Abu Bakar tercengang. Apa? Apa yang telah berlaku wahai Hanzala? Hanzala menjawab: Engkau tahu, bila aku bersama baginda Rasulullah saw,aku rasa seperti aku dapat melihat Jannah bila baginda saw menceritakannya. Bila baginda saw bercerita tentang neraka, aku juga merasa seperti aku dapat merasainya. Dan bila aku pulang ke rumah dan duduk bersama keluargaku, isteriku berbuat itu, anakku berbuat ini, perkara seterusnya aku dapati ialah imanku telah jatuh. Abu Bakar menjawab: Subhanallah, jika ini adalah munafik,maka aku juga seorang munafik. Kita perlu berjumpa dengan Rasulullah saw segera. Maka mereka pergi berjumpa Rasulullah saw dan menceritakan kepada Baginda saw apa yang berlaku. Baginda tersenyum kepada mereka. Rasulullah menjawab (mafhum nya. maksudnya ayat ni ikut pemahamanku ) Jika kamu sentiasa seperti selalu berada denganku, maksudnya iman kamu  sangat tinggi ibarat terapung di atas atap, para malaikat akan meninggalkan syurga dan turun ke bumi untuk bersalaman dengan kamu. Ianya bukan sebegitu. Iman naik turun. Naik dan turun.Perkara yang perlu kita lakukan ialah perbaikinya agar iman itu tidak jatuh ke satu tahap, tahap di mana kita bergelumang dengan dosa.

Huzaifa ra berkata : Sungguh, seorang munafik itu tidak takut kepada kemunafikan. Hanya orang beriman takut kepada nifaq dan hanya orang munafik yang rasa selamat darinya.

Kesusahan itu adalah kebaikan. Ujian itulah penggera buat kita.

Ada satu hadith : Bila Allah cinta pada hambaNya,Dia akan menguji mereka.

Comments

  1. Ma sha Allah.subhanallah aytt kauuuu..
    Anis aisyah.pernah dgr tak.
    Mlut yang berckp paling dkt dgn tlinga yg mndgr(tlinga sendiri).
    DAN ALLAH AKAN ujilah dgn apa yg kita ckp tu.sejauh mana kita laksanakan apa yg kita ckp.
    Hmm peringatan utk diri sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...