Skip to main content

Mesir, Aku Datang..

Bismillah, aku fikir post ni aku tuju buat yang meminta. (Bukankah tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang meminta, terasa tak? Haha. Che gurau naa..)

Berkisarlah post ini tentang apa pun aku tak tahu, tapi ibarat bulatan,yang akhirnya akan bersambung di hujung. Aku kira tiada nasihat yang lebih sempurna melainkan Kata-Kata Dia bukan? Maka,aku cuma menyampaikan dengan gayaku,yang mungkin ada yang kena gayanya mahupun tidak.

Aku kagum bagaimana Anis bersabar dan tersenyum,yakin dengan percaturan Allah pada dirinya.

Lalu,aku teringat akan kisah Yusuf yang Allah simpangkan jalan demi jalan,bermula sewaktu mimpi 11 bintang dan matahari yang sujud kepadanya diceritakan kepada ayahnya, lalu terpisah selepas itu sehinggalah baginda,Nabi Yusuf berdiri di singgahsana menghormati ayahanda yang lama tak bersua sedang berjalan masuk ke istana.

Kisah yang berlaku di bumi Misri ini Allah rakamkan dalam AL-Quran, surah Yusuf. Ada satu ayat  dalam surah ini yang membuat aku terangguk kecil dalam diam : Fasabrun Jamiil. Itulah kata Nabi Yaakub,sewaktu anak anaknya menipu kisah Yusuf dimakan serigala. Dan sambungannya itu mencantikkan lagi apa yang sudah bercahaya :
والله المستعان على ما تصفون

Allah. Allah. Kalimah agung itu aku lantunkan dihujung lidah. Tatkala aku butuh,pasti ayat ini akan aku ulang. Pasti ayat ni datang terngiang ngiang.

Juga aku cemburu,bila terfikir akan peluang yang Allah kasi kepada mereka yang mampu berterbaran, mencari dan menggali setiap pelusuk yang Allah simpan pelbagai rahsia dan hikmah ini. Aku ingin sekali berdiri di  antara kamu, memakai jilbab labuh tanpa rasa malu,bahkan izzah. Izzah kerana itulah lambang islam. Pengukur keimanan. Aku ingin sekali,sekali lagi hidup berjamaah,saling membangkitkan orang yang sedang tidur untuk bersahur, mengejutkan orang yang sedang lena untuk bersolat,dan berdiri dalam saf untuk berjamaah. Rasa itu aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya,tapi aku senang dengan keadaan itu. Aku gembira. Aku bahagia.

Lalu aku teringat Yusuf mengadu kepada Allah bahawa penjara lebih dia suka dari ajakan mereka. Yusuf memilih iman di atas nafsu. Dan Yusuf ke penjara dengan rela untuk menyelamatkan imannya.  Dan Allah menceritakan bagaimana rendah hatinya Yusuf di depan Tuhannya. Dia tahu bukan iman dan kehendaknya yang menyelamatkannya, tapi  Allah lah yang menghindarkannya daripada cenderung menerima ajakan mereka. Dan dia juga tahu dia bodoh sekiranya termasuk dalam golongan itu (golongan yang menuruti hawa nafsunya). Dan Allah menyelamat dan mengabulkan permintaannya.

Aku kagum bagaimana Yusuf menundukkan hawa nafsu kemudian merendahkan diri di hadapan Allah. Atas dasar Yusuf sedar dirinya hamba, dia tunduk pada Allah,bukan nafsu. Kerana Yusuf ingat bahawa tuannya yang membelinya di pasar dan melayaninya dengan baik,dia lari dari godaan isteri itu. Ya,bahkan Yusuf sedar sekiranya dia mengkhianati tuannya, termasuklah dia dalam kalangan orang yang zalim.

Dan bila aku membaca kisah Yusuf memaafkan saudaranya yang telah meninggalkan dia keseorangan dalam perigi,aku terimbau masa lalu. Waktu waktu aku dikuasai benci. Waktu waktu aku dibutakan hati. Sehingga rasional aku tolak ke tepi. Sungguh,aku bodoh ketika itu. Sangat. Amat. Aku juga hairan mengapa benciku itu begitu hitam,sehingga semuanya aku ‘ban’ kan. Mungkin aku kecewa teramat. Dan aku tak dapat terima hakikat sebab aku tak expect begitu cara dan jadinya. Tapi,bila aku terima fakta bahawa memang itu mahunya,aku mula melepaskannya. Melepaskan amarah terbang perlahan meninggalkan relung relung hitam kosong itu. Membiarkan ego terkubur tujuh kaki dalam tanah. Dan secara langsungnya,semuanya aku terima dengan  baik. Terima mereka seadanya.

Jadi,buat yang terkena tempiasnya, aku mohon maaf. Aku tak expect korang terima sebab memang aku salah. Dan aku tak expect korang membalas dengan bunga selepas di baling belacan. Aku terima kesilapanku dengan tekad. Dan koranglah silapku dulu.  Pernah sekali, I let my heart consume by hatred. Dan aku berharap untuk pulang ke waktu lalu agar dapat aku perbaiki. Benar,too much hate consume you.

Aku ingat waktu itu, waktu kesedaran mula bertapak membina tiang,aku cari Al-Quran. Aku buka surah Yusuf dan membacanya. Dalam hati aku berdoa agar diberi kekuatan seperti Yusuf untuk memaafkan dia. Ya,dia tidak pernah meminta. Bukan seperti aku yang berkali kali meminta. Tapi,aku tetap acknowledge satu hari itu. Hari dia berusaha untuk meminta. Jadi,aku membaca satu surah Yusuf untuk menjejaki Yusuf di hatiku. Kemudian,selepas tamat  bacaanku, dengan lafaz Bismillah,aku bisikkan pada hati,aku terima. Aku terima segalanya. Sakit yang kurasa. Marah yang kutahan. Alasan yang kontang. Ego yang melangit panjang. Aku terima. Dan serentak itu,dada ku rasa ringan. Rasa senang. Dan aku pantas menconteng di inbox fb kepadanya. Kerana aku ingin menjejaki Yusuf dalam diri. Dan aku tidak mahu benci ini bersarang lagi di hati. Cukup. Cukup atas aku dan dia. Biar aku akhiri segalanya. Hidup satu kali ini,aku ingin nikmati tanpa rasa benci lagi.

Ya.Yusuf insprasiku. Abang-abangnya telah bertindak lagi zalim kerana cemburu. Abangnya memisahkan dia dari Bunyamin dan ayahandanya,Nabi Yaakub. Tapi bila saat jodoh kembali bertaut,dia masih dapat mengecam bahwa mereka itu abang abangnya walaupun abang abangnya sudah tidak lagi mengenali dia. Dan saat abang abangnya meminta ampun akan dosa perbuatan zalim mereka,Yusuf segera memaafkannya.Bahkan Yusuf berkata : يغفرالله لكم Yusuf mendoakan keampunan untuk mereka!. Jadi mengapa aku tidak boleh meniru Yusuf sedangkan Yusuf lagi hebat cabarannya. Allah telah rakamkan kisah ini juga dalam Al-Quran.

Dan aku teringat lagi dalam kisah Yusuf, ada lagi satu roh yang Allah cintai. Nabi Yaakub. Yang Allah uji dengan anak anaknya sendiri. Yang Allah pisahkan antara Yusuf yang dia kasih,yang dia cinta bertahun lamanya. Tapi tetap,satu hari dia berkata : Wahai anak-anakku, pergi dan carilah berita  tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa bantuan dari Allah. Tetap dia yakin Allah akan lindung anaknya yang satu itu. Bahkan matanya hampir buta kerana menangis merindui Yusuf. Tapi tetap dia menangis untuk anaknya itu. Dia,Yaakub. Tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah. Dia,Yaakub yakin pada Allah. Bahkan dia berkata :  Sesungguhnya tidak berputus asa dari bantuan daripada Allah melainkan kaum yang kafir.

Pada waktu sempit,dia bersabar. Pada waktu genting,harapannya tidak pudar. Doanya tidak putus. Tangannya ditadah telus. Tiada goyah. Tiada patah.

Dan aku hairan akan kita, yang terkadang bila berbuat dosa,tidak mahu mengaku. Enggan bertaubat. Dengan alasan,dosa aku terlampau banyak. Sedangkan Allah telah memberitahu Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang. Jadi,jawablah nanti,sendiri. Siapa yang zalim kepada siapa. Siapa yang tidak mahu sebenarnya. Moga kita tersedar sebelum izrail meragut.

Dan di akhir surah Yusuf ini Allah berfirman : Katakanlah(wahai Muhammad), Inilah jalanku,aku menjemput kepada Allah dengan pandangan, aku dan orang-orang yang mengikuti aku dan yang Mulia adalah Allah dan bukanlah aku dari orang-orang musyrikin.

Inilah jalanku. Jalan yang aku pilih. Jalan yang kamu pilih. Berbeza jalannya mungkin. Namun destinasinya sama. Jadi jangan kisah akan bunyi yang membising akan siapa dan bagaiman kita. Ini jalan kita. Ini cara kita. Ini prinsip kita. Pertahankannya. Bukan pertaruhkannya. Untuk apa kita berubah? Untuk menggembirakan orang? Hati akan berpaling.Hati akan berbolak balik. Jadi,untuk apa pertaruhkan prinsip pada manusia yang akan memandang satu kesilapan kita dalam ribuan kebaikan yang terhulur. Siapa kita,janji Allah suka.

Akhir kata,jaga diri. Jaga iman. Mungkin terlampau benar panjang. Dan terlampau lewat aku contengkan. Namun,inilah apa termampu. Bayangkan kamu di tempat orang yang tidak memiliki saat saat ini, saat untuk berlari di bumi Anbiya‘, saat untuk berjalan ditemani malaikat di tanah berkat, apakah kamu akan mensia siakannya seperti mana yang kamu lakukan sekarang? Syukurlah,kamu terpilih untuk hidup bersama sejarah. Meski Mesir berdarah,namun hamasahnya abadi.Sejarahnya diketahui. Di situlah kisah Musa dan Firaun. Kisah Harun dan Kaum. Kisah Yusuf bertahun tahun.

Kutip sejarahnya. Kutip hamasah mereka. Kutip ilmu dan cahaya. Dan balik ke sini bersama permata. Kami tidak mahu kaca. Kami ingin Islam bersama. Pergi dengan niat yang benar. Mungkin menjadi seperti Ibn Sina. Mungkin Syafii yang kau contohi. Mungkin pakar matematik seperti Al-Biruni. Ah. Siapapun. Siapa siapapun. Jadilah yang berguna. Kerana sabda Nabi,mafhumnya: sebaik baik manusia adalah mereka yang menberi manfaat.

Siiru alaa Barakatillah. Natrukukum fii ri’ayatillah. :)

(Mungkin sang ayah berkata: Anak,kau bawa namaku dihujung nama.Pergilah.Ayah hantar dengan harapan.Ayah selalu kirimkan doa. Pulanglah dengan kejayaan. Yang dapat kami ‘bangga‘ di depan Tuhan nanti.)


(Mungkin sang emak berkata: Anak,pergilah.Meski terpisah dari mata,biar Allah lah yang menjaga. Meski jauh berbenua,sayang emak seluas langit membiru. Tegaplah berdiri untuk berdikari. Kami lepaskan kamu pergi kerana kami percaya,kamu tidak akan menghampakan kami.)


Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...