Skip to main content

Doaku Terhijab


 تعرف الى الله في الرخاء يعرفك في الشدة

"Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity"

Bismillah.

 Dalam melangkah,kadang terjebak. 
Dalam memilih,kadang meragut. 
Dalam kesenangan, sering mengabaikan.

Sering kita kembali melutut depan Tuhan,hanya kala terdesak. Melutut bukan hanya dalam konsep meminta dan berdoa.Melutut yang aku maksudkan ialah jiwa hamba. Jiwa hamba itu adalah rasa takutkan Allah, menjaga hakNya dan menjauhi laranganNya setiap masa.

Dan bila tercekik,mula nak sujud balik.Wahai diri, sebenarnya apabila kita berjiwa hamba, kita akan mula mendekati dan mengenali Allah. Dan jiwa hamba ini mesti dihidupkan dalam jiwa kita, agar tidak lemau di hari lurus. Mengapa begitu? Kerana apabila kita mengenal Allah di kala senang, Allah juga akan 'mengenal' kita dikala susah.

Ingat cerita Nabi Yunus dalam perut ikan Nun? Cerita Nabi Allah yang Allah selamatkan dari perut ikan paus ini? Kenapa? Kerana Nabi Yunus dulu kala senang, Nabi Yunus banyak mengingati Allah. Ini dirakamkan dalam Al-Quran Surah As-Saffaat, ayat 143 dan 144

Dan berlainan pula tentang cerita Firaun. Firaun yang ingkar untuk percaya bahawa Allah itu Tuhan semesta alam. Firaun yang menentang mereka yang beriman. Firaun mengharapkan pertolongan dari Allah sewaktu dia hampir lemas dengan menyatakan keimanan kepada Allah. Tetapi Firaun Allah tetap tenggelamkan. 

Allah berfirman: [10:90-91]

"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut, dan Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka dalam kezaliman dan permusuhan, sehingga apabila lemas mendahului dia, dia berkata, "Aku percaya bahawa tiada Tuhan kecuali dalam yang Bani Israil percaya, dan aku adalah dari orang-orang Islam. Sekarang? Dan engkau telah menderhaka [Allah] sebelum dan terdiri dari kalangan mereka yang berbuat kerosakan"

It is us who in need of Him. But He is the Richest and The Almighty.

Apakah  Allah akan rugi jika kita solat lambat? Apakah akan berkurang kekuasaan Allah jika kita menayangkan aurat? Apakah Keesaan Allah akan tergugat kalau maksiat bermaharajalela? Apakah Allah tidak akan kaya kalau ramai yang enggan membayar zakat? Apakah? 

Bahkan Tidak. Dan selamanya akan tidak. Allah tetap Tuhan Yang Maha Esa. Maha Berkuasa. Maha Mentadbir. Maha Mengurus. Tetapi kitalah yang rugi. Kita lah yang akan terhina. Dan kitalah yang akan merana.

Jadi kalau kita mengingati Allah kala senang,Allah beri jaminan bahawa pertolongan Dia dekat! Allah janji sokonganNya sentiasa ada. Allah janji bantuanNya akan sampai. Jom cek Surah At-Tolaq,ayat 2-3.

Dan Allah juga memberi amaran kepada mereka yang gagal atau enggan mengingatinya saat senang, kesannya akan kembali kepada mereka sendiri. Jadi mengapa sekarang kita tertanya tanya bila doaku akan terjawab? Sebenarnya doa kita terhijab! [59:19]

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Tapi Allah juga telah berfirman: كتب على نفسه الرحمة

RahmatNya sentiasa akan mendahului MurkaNya. Berdoalah! Sungguh doa itu senjata. Berdoalah! Sungguh doa itu tanda kita hamba! Berdoalah! Sungguh Dia akan memperkenankanNya. [40:60]


Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.