Skip to main content

Aku Membuang Masa


"The life of this world is made up of three days: Yesterday has gone with all that was done; Tomorrow, you may never reach; But Today is for you. So do what you should do today."
Hassan Al-Basree

Kerana Exam Bahasa telah lama tamat hampir sebulan yang lepas, makin lama makin bosan aku tak tahu nak buat apa. Ya, kelas bahasa masih berjalan seperti biasa. Tapi nilah orang kata, belajar untuk periksa maka semakin hari semakin tiada semangat atau keinginan lagi untuk belajar bahasa. Senang cerita no point. Padahal setiap kali aku ke kelas aku akan belajar perkara baru. Aku kata dulu aku suka nak belajar perkara baru.

Pertama aku rasa malas kerana Homework. Kedua sebab aku tak sabar-sabar nak masuk Degree and so on. Aku tak pernah pulak sebelum ni terfikir macam mana kalau aku bosan kat sini. Dulu kalau aku bosan kat Malaysia, benda aku buat ialah larikan diri. Sama ada lari balik rumah atau lari keluar  pergi jalan mana-mana sorang sorang. Dan aku ingat aku boleh buat benda sama kat sini. Boleh memang boleh. Kalau aku anak jutawan. Kalau mata wang yang semakin merundum ni aku tak payah risau. Dah lama aku cabut angkat kaki tinggalkan realiti.

Apa aku nak cakap ialah, dah banyak masa aku membazir sejak hampir sebulan yang lepas. Kebetulan pula rutin aku sabtu ahad tengah break seketika. Lagilah menambahkan masa yang sia-sia. Kat Jerman ni sangat 'straight' untuk hukuman pasal hak copy right terpelihara semua tu. Nak buat apa semua kena bayar dan secara 'halal'. Even nak download lagu ke apa ke, Semua dia boleh trace kat internet. Even nak upload gambar yang bukan milik kita kena berhati-hati.

Silap hari bulan boleh sampai surat saman kat rumah. Errr, mintak dijauhkan Allah. Duit melayang mana nak ganti. Huhuhu. Oh ye, sebab bosan jugak aku dah develope lagi satu masalah. Bila bosan aku cari makanan. Hurrm, tak patut dan sangat tak patut. Apapun, keputusan akan keluar dalam masa dua minggu lagi ni. Doakan kami. Dapat keputusan yang terbaik untuk kami dan Universiti yang terbaik untuk kami dan agama kami. 

Comments

  1. Waa maksudnya xleh bukak youtube atau download apa2 ke?????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. youtube boleh. benda yang streaming boleh. Tapi banyak laman web yang streaming kena bayar jugak atau kena sign in apa entah. Even ineternet kat University boleh diguna hanya untuk pelajaran sahaja.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...