Skip to main content

Tiada Milik Kita


Bila kita merasa sesuatu perkara itu milik kita, saat itulah kita sedang menempah banyak kesengsaraan dalam hidup kita. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, contohnya bila kita merasa kawan itu kita yang punya dan bila dia mula rapat dengan orang lain, saat itulah akan timbulnya jeles prasangka dan sebagainya.

Atau bila kita rasa kawan itu kawan kita, bila kita terpaksa berpisah, masa itulah kita rasa ditinggalkan bila kita lihat kawan kita seolah-olah telah lupa tentang kita kerana dia nampak sangat gembira dengan kehidupan barunya. Lalu diam-diam kita melabel mereka sebagai pengkhianat dalam persahabatan. Dulu janji nak berukhuwwah sampai syurga tapi dapat kawan baru lupakan saya.

Itulah di antara contoh sekiranya kita berlagak sebagai pemilik dan bukan peminjam. Orang yang meminjam ini sedar yang sampai satu waktu dia terpaksa pulangkan barang yang dipinjam kepada Tuannya. Dan orang yang sedar bahawa dia seorang peminjam sedar bahawa dia tiada hak milik penuh ke atas barang yang dipinjam dan kadang-kadang perlu menunaikan hak kepada apa yang dipinjam.

Selalunya orang yang berlagak pemilik ini selalu lupa diri dan pentingkan diri. Itu hak aku. Suka hati aku lah nak buat apa. Contoh bila ditegur seorang perokok tegar: Kau kisah apa. Kalau betul pun Vape tak elok untuk kesihatan, yang vape ni aku, bukan kau ;katanya sambil menghembus kepulan asap di meja makan restoran mamak itu. (Sekarangkan musim semua nak Vape acah cool)

Dahsyat kesan yang dibawa oleh orang yang berlagak sebagai pemilik ini bukan terhadap orang sekeliling sahaja tetapi kepada dirinya sendiri juga. Dalam erti kata lain, dia telah menzalimi diri sendiri. Sebaliknya kesedaran bahawa kita hanya hamba yang dikurniakan pelbagai macam nikmat sementara yang dipinjamkan kepada kita akan membuatkan hati kita lebih tenang dan merendah diri. Malah kita tidak akan lokek untuk berkongsi.

Kerana kita tahu : Semuanya Allah punya. *suara Iwan Syahman*

Petikan Lirik dari Semuanya Allah Punya Nyanyian Iwan Syahman

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah yang punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya


Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.