Skip to main content

I Give Up

Aku rasa kalau aku mengaku aku tak kenal sepenuhnya lagi diri aku korang tak terkejut kan? In fact ramai akan jawab: Aku pon! Aku tak kenal betul-betul siapa aku. Apa kemampuan dan kelebihan aku, apa yang sebenarnya aku nak dan sebagainya.

Dulu aku jenis yang berfikir tentang soalan-soalan macam ni. Aku nak kenal siapa aku. Aku nak tahu macam mana sebenarnya aku. Aku nak tahu kenapa aku lahir tarikh ni, aku nak tahu anak kedua macam mana, aku nak tahu untuk apa aku ada kat bumi ni dan so on.

Dan aku cuba cari jawapan. Aku jumpa jawapan, tapi jawapan tu tak puaskan hati aku. I mean like contoh: Untuk apa aku lahir kat dunia ni? Untuk menjadi Khalifah dan Abid. Bagi aku jawapan itu terlalu general. Semua orang adalah untuk tu. Aku nak jawapan yang lebih spesifik. Contohnya, kau wujud untuk… lol. Aku pon tak mampu nak fikir satu even untuk beberapa minit yng telah berlalu.

Sehinggalah aku berhenti mencari jawapan dan go with the flow of life. Tapi dalam masa sama aku jumpa jawapan atau hikmah untuk peristiwa yang telah berlaku dalam hidup aku, yang sewaktu berlaku peristiwa tu aku pon tak tahu kenapa such a thing did happened in my life.

Mungkin sebab aku cari jawapan yang aku nak dalam hidup, aku tak jumpa jawapan tu. Sebab aku sepatutnya cari jawapan yang sebenar. Mungkin selama ni aku dah jumpa jawapan untuk pelbagai soalan aku, tapi aku deny, aku tolak sebab aku taknak terima bila tak seperti yang aku harap atau jangkakan. Atau even mungkin soalan aku yang salah.

Mungkin sebab description anak kedua, macam mana jari tangan kiri aku, warna apa aku suka, jenis darah aku bukan memberi definisi siapa aku. Itu cuma secara generalnya. Bahkan personaliti mereka yang sukakan warna kuning juga ada pada diri aku. Mungkin sebab aku yang tentukan siapa aku nak jadi aku even tak tahu warna apa paling aku suka.

Dan mungkin dan kemungkinannya berlarutan dan berpanjangan. Makin kabur jalan aku nak kenal siapa diri aku sebab terlampau banyak kemungkinan dan possibility yang aku entertain. Instead of focussing siapa aku sebenarnya, aku rasa better aku focus siapa aku nak jadi. At least, jalan ni jelas sikit. Well takdelah jelas sangat, sebab kadang-kadang aku nak itu, ini blablabla. Which aku tak tahu tu impian aku ke atau just angan-angan.


But then again semuanya tentang pilihan bila kita ada pilihan. Kalau tiada pilihan tu lain lah pulak ceritanya. Untuk kehidupan yang aku pernah ada sepanjang aku hidup dan akan hidup, semoga aku sentiasa bersyukur kepadaNya.

Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.