Skip to main content

3 Peringkat Taubat

Pernahkah kita terfikir kenapa kita dituntut untuk bertaubat?

Kita dituntut untuk bertaubat kerana kita sebagai hamba Allah tidak mampu untuk kembali ke masa silam untuk memperbetulkan kesilapan kita. Tetapi apa yang kita mampu lakukan cumalah bertaubat dan meminta keampunan Allah SWT.

Oleh kerana itu kita dituntut untuk bertaubat. Dan untuk bertaubat, orang beriman itu perlulah memiliki kemahiran untuk melihat kelemahan dan keaiban diri sendiri.

Rukun Taubat itu ada tiga:

1. Menyesal- Nabi SAW bersabda: Taubat itu penyesalan.

Taubat itu sentiasa diterima Tuhan sehinggalah berlaku dua perkara, iaitu ketika nyawa sudah sampai ke halkum dan ketika matahari telah terbit daripada barat. Kenapa taubat-taubat ketika itu tidak lagi diterima Tuhan? Kerana ketika itu orang bertaubat kerana takut dan bukan lagi kerana sesal.

2. Meninggalkan maksiat yang disesalkannya.

3. Bercita-cita untuk tidak lagi kembali kepada maksiat.- Mohonlah bantuan Allah SWT agar diperkuatkan tekad dan keinginan untuk meninggalkan maksiat.

Adapun peringkat taubat itu ada tiga.

1. Taubat Orang Awam- Seseorang yang bertaubat daripada dosa-dosa besar seperti syirik, bersumpah palsu, membunuh manusia, meninggalkan solat, tidak membayar zakat dan lain-lain. Dosa-dosa besar itu ada tujuh puluh.

2. Taubat Orang Istimewa- Orang yang bertaubat bukan hanya bertaubat daripada dosa-dosa besar, bahkan dosa-dosa kecil iaitu dosa yang tiada peruntukan hukuman tertentu di dunia mahupun amaran azab di akhirat seperti membazir.

3. Taubat Orang Teristimewa- Orang-orang ini bukan sahaja memelihara dan menjaga diri daripada dosa-dosa, bahkan mereka juga meminta ampun pada amalan dilakukan yang dirasakan tiada sempurna.

Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya: Perkara paling sedih bagi seorang manusia itu ialah apabila dia meninggal dan diusung ke perkuburan, dosa-dosanya diusung sekali masuk ke dalam.

Hidup umat Nabi Muhammad SAW ini sangatlah sekejap sekiranya dibandingkan dengan umat terdahulu yang mencapai umur sehingga 1000 tahun. Segerakanlah taubat dan pohonlah keampunan daripada Tuhan. Ajal itu pasti dan datangnya tiba-tiba. Bersediakah kita?

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...