Skip to main content

Neraka Yang disegerakan..

LAPANGKANLAH DADA ,BUANGKANLAH HASAD DENGKI, IA MENGUNDANG ‘NERAKA’YANG DISEGERAKAN....


Islam mahu hati umatnya sentiasa bersih. Bersih daripada sifat2 mazmumah,syirik dan sifat2 tercela.Jiwa yang tidak bersih adalah jiwa yang tidak sihat.Ia tidak senang dengan nikmat yang diproleh seseorang,sebaliknya ia mahu pula nikmat itu untuk dirinya sendiri.Inilah sifat dengki yang disebut dalam bahasa arab sebagai hasad.Namun,apabila dengki itu diselaputi dendam,maka kita menyebutnya sebagai hiqdun.

Apabila jiwa seseorang itu sudah samapai hiqid (dengki/dendam) ini sebenarnya telah menular ke episod permusuhan yang bakal dibawa hingga akhir hayat.Ia sentiasa menantikan saat-saat dan peluang keemasan untuk melepaskan dendamnya,menunggu kesempatan untuk menghambur rasa sakit hatinya untuk menyakiti orang yang didendami.Layakkah kita sebagai yang mnghafaz Al-Quran menyimpan yang batil di dalam hati bersama-sama dengan Al-Quran.Satu persoalan yang ingin ana ajukan kepada pembaca:Bahagiakah hidup begini?Jawapannya pasti diketahui setiap orang.Bagaimana mahu bahagia kalau stiap saat hati dilanda kebingungan,hasad dengki dan dendam yang tidaka ada penyudahannya.

Sabda Nabi Muhammad:
“Tiada kerehatan (hakiki) bagi para hasud (pendngki)”

Lihatlah,Rasulullah tidak mendidik umatnya agar menjadi pendengkikerana setiap sesuatu itu adalah pemberian Allah yang mesti dilihat sebagai rezeki yang telah ditentukan olehNya.Lihat sajalah bagaimana Nabi sentiasa memaafkan orang2 yang sentiasa memusuhi Islam dan menganiaya umat Islam.Tidakkah kita terfikir bahawa setiap amalan kita pasti dihitung oleh Allah Azzawajalla di mahkamahNya nanti?Tidakkah kita merasa takut akan azab api neraka,seksa kubur dan di padang mahsyar nanti?Sungguh,Allah telah berfirman tentang azabNya yang sangat dahsyat dan kekal itu.

Nabi bersabda lagi:
“Sesiapa padanya ada penganiayaan terhadap saudaranya berupa harta benda atau sesuatu yang lain,maka hendaklah dia meminta halal daripadanya sekarang,sebelum tiba masanya tidak berguna dan tidak bermakna lagi wang dinar mahupun dirham (yakni hari kiamat).(Kerana)jika ia mempunyai amalan soleh maka akan diambillah amalannya yang soleh itu pada kadar penganiayaan dan jikalau ia tidak memiliki amal soleh,maka akan diambillah kesalahan temannya itu,lalu dipikulkan keatasnya” (Riwayat Bukhari)


Itulah yang dimaksudkan dengan orang yang papa pada hri kiamat.Maka,tidak syak lagi bahawa hasad itu dibnci oleh Allah.Kalau begitu,marilah kita menggantikannya dengan sifat penyabar,lapang jiwa dan dada,pemaaf dan saling menutp keaiban sahabat kita.Bukankah itu sifat seorang sahabat yang baik?

Sabda Nabi lagi:
“Hindarilah hasad dengki itu,kerana hasad itu memakan segala amalan kebajikan bagaikan api yang memakan kayu2 kering” (Riwayat Abu Daud)

Marilah sama2 kita renungkan sejenak: setelah berpenat-penat melakukan amala kebajikan tetapi kemudiannya kita menghapuskannya dengan hasad.Inilah yang dikatakan semalang-malang dan serugi-rugi manusia.

Nabi bersabda:
“Sesungguhnya sifat fitnah dan hasad itu membawa ke neraka.Kedua-duanya tidak berkumpul di dalam hati seorang muslim”
Kalau hati seorang muslim tidak layak untuk memiliki keduanya,maka hati siapakah itu? Sifat tidak senang dengan kelebihan orang lain dan merasa senang jika si dia kehilangan nikmat tersebut disebut sebagai sifat syaitaniah.


Ketahuilah As-Syeikh Abul Laith as-Samarqandiy rahimahullah berkata:Akan menimpa ke atasa diri si pnghasad 5 SEKSAAN sebelum hasadnya itu jatuh ke atas orang yang di hasadnya.

1.Kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan

2.Musibah berat yang tidak akan mendatangkan pahal sedikit pun.

3.Celaan dan kutukan

4.Kemarahan Allah s.w.t

5.Ditutupkan ke atasnya pintu taufik

Jika demikian kerasnya seksa diatas dunia,bagaimna dengan akhirat.Yang sudah tu,sudahlah.Buang yang keruh, ambillah yang jernih.Ketahuilah bahawa orang yang dijangkiti virus hasad ini,tidak pernah tenteram jiwanya,tidurnya pun tidak lena dan hatinya menjadi tidak keruan.Maka inilah yang dikatakan dengan ‘neraka yang disegerakan’.

Wal’iyazubillah....
semoga mengambil pengajaran..

Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.