Skip to main content

Hello, neues Ort :)


Sejak aku sampai sini, sudah lima hari tiada internet. Kebetulan maintainance Internet rosak. Dan thanks sebab internet jammed, aku dapat tulis macam-macam. Mungkin sebab dah lama tiada internet, harini hati aku makin huru-hara.

Oh ye, aku sudah sampai ke tempat baru dan sedang menunggu untuk memulakan semester pertamaku di sini sebagai pelajar degree. Insya Allah bulan depan. Dulu ada senior perempuan belajar dekat sini. Tapi dah lama tiada dan aku menjadi perempuan pertama yang mengisi kembali ruang kosong tu. Tiada pelajar Malaysia perempuan lain di sini selain aku.

Ada pelajar senior lelaki Malaysia lain di sini. Alhamdulillah mereka banyak membantu sejak aku datang ke sini. Tapi tu lah aku cakap, terperap tanpa internet dan tidak tahu hendak buat apa mungkin telah mencetuskan rasa gundah di hatiku sekarang ni.

Harini mula aku katakan pada diri: Oh, begini rasa  hidup sendirian. Begini rasa kesunyian yang mencengkam. Aku harap things akan get better. Menjadi pelajar di Jerman tidak semudah menjadi pelajar di Negara lain. Well, aku pun sebenarnya tak boleh nak exactly cakap macam tu sebab aku tak tahu susah belajar di Negara lain macam mana. Setiap Negara mesti ada cabaran mereka tersendiri.

Dan cabaran kami di sini adalah komuniti Malaysia tidak ramai dan bukan dalam kelompok yang besar. Kami tercampak di serata Jerman dan Jerman bukannya kecik walaupun pengangkutan awamnya sangat bagus. Hik. Cabaran sesetengah kami yang terpaksa berpindah randah kerana tidak dapat tinggal di satu tempat sehingga habis pengajian. Cabaran makanan halal? Cabaran belajar dalam bahasa Jerman? Heh. Tu belum lagi cabaran emosi bagai. Dah jadi pelajar perempuan tunggal kat tempat ni hailamak seramlah jugak.

Apapun aku kembalikan semua kepada Tuhan. Tiadalah daya kami melainkan dengan pertolongan dari Allah. Mengkentalkan hati mencekalkan jiwa tak semudah yang diimpi atau yang dilafazkan pada lidah. Soal hati semua tahu ada saat hati merasa lemah jiwa terasa rapuh yang amat. Soal hati kunci kepada semua perkara.

Maka saya dengan rendah hati memohon doa daripada semua pembaca untuk saling mendoakan tidak kira di mana kita berada moga dipermudahkan jalan, moga dikuatkan semangat, dan moga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

Salam dari Bumi Hitler,

Dari saya yang sendirian.

p/s: pagi ni bangun gembira sebab internet dah ada balik. Alhamdulillah akhirnya. Well, kalau takdo internet takdonyo korang dapat baca update terbaru ni 

Comments

  1. hahah k finee. all the best dijahhhhhhhhhhhhhhhhh
    dok sorg lagi kene belajar masak...haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...