Skip to main content

Keizzahan Islam


Belajar kat sini buat aku sedar dan belajar banyak perkara yang sebelum ini aku tak sedar, ambil mudah atau remeh dan perkara yang aku tak tahu.

Antara satunya ialah rasa izzah dengan Islam. Aku baru perasan selepas aku travel berseorangan akhir-akhir ni, aku malu dengan Islam. Err.. Boleh dikatakan macam tulah. Aku malu nak ambil wudhu' basuh kaki di sinki sebab takut orang pandang pelik. Aku ambil wudhu' dalam keadaan tergesa-gesa bila orang tiada takut tiba-tiba ada orang masuk. Aku juga solat dalam keadaan tergesa-gesa di tempat awam kerana tidak mahu menjadi tumpuan dan dipandang pelik. Not to mention aku berhenti baca Al-Quran bila ada orang melintas atau nak lalu depan kerusi yang aku duduk just sebab taknak mereka fikir pelik atau syak sesuatu yang buruk.

Dan kelas kami yang bakal bermula untuk pertama kalinya pada bulan 10 ini buat aku risau bagaimana untuk solat, bagaimana untuk mengambil wudhu' dan sebagainya. Dan aku teringat sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang juga. Dan aku sebagai seorang Muslim terasa malu untuk buat perkara-perkara yang wajib sebagai seorang muslim.

Dan hidup kat sini buat aku bersyukur dan rindukan Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Masjid dan tempat wudhu' di mana-mana. Makanan halal di mana-mana. Cuma yerlah, sikap orang-orang sini mungkin jauh lebih baik dari Muslim di Malaysia sana. Mereka menjaga kebersihan, kadar jenayah kurang, menepati janji dan sebagainya. Buat aku terfikir mana silap kita sebagai orang yang menganut agama Islam.

Juga kes Pelarian Syria baru-baru ini membuat aku lagi sedih dan hampa. Bahkan pelarian Syria telah berkata kami akan beritahu anak cucu kami nanti bahawa pelarian dari Syria datang ke negara kami sedangkan negara-negara arab lagi dekat dengan mereka. Jujurnya aku tumpang bangga juga lah sebab belajar di Jerman. But then aku juga melihat gambar bagaimana negara Arab kaya-raya sehingga kereta bersalut emas, membela binatang seperti cheetah macam orang bela anjing bawak jalan dalam kereta, tapi kekayaan mereka itu tidak dapat membantu saudara seagama mereka.

Dari dulu aku terfikir kenapa Islam harini sebegini dan aku tahu jawapannya. Jawapan yang umum tahu, kita tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Kita tidak masuk ke dalam Islam sepenuhnya. Tapi tu soalan yang besar sedangkan persoalanku yang kecil ini perlu diatasi segera dahulu. Aku harus izzah dengan Islam. Tempat aku sekarang bukan macam Kassel. Di Kassel komuniti Islam lebih besar dan menjadi orang Islam di situ tidak terasa janggal. Tapi tempatku sekarang ini cumalah kampung dan aku harus dan wajib merasa Izzah dengan Islam sepanjang masa. Even waktu aku travel.

Semoga Allah membantuku dan mempermudahkankan urusanku. Semoga Allah menetapkan hatiku di jalan kebenaran dan berani mempertahankan yang hak.

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...