Skip to main content

Cerita Lama

Kau kecik-kecik dulu nak jadi apa? Sabri memulakan perbualan di tengah-tengah padang besar sekolah tu.

Harini Hari Sukan dan memandangkan aku telah bersara dari dunia atlet awal tahun tu, aku tidak mengambil bahagian dalam apa-apa acara pon. Sabri pula memang tidak suka bersukan.

Aku? Eh, banyak. Mula-mula aku nak jadi juruterbang. Dahla kaya pastu terbang selalu pulak tu. Pastu aku dengar kerja Scientis bapak cool. Buat experiment je kerja. Boleh main letup-letup. Pastu aku nak jadi Motivator sebab aku suka tengok Dr. Fadzillah Kamsah dulu waktu aku kecik-kecik. Aku menjawab sambil tersengih teringat betapa suci dan lurusnya pemikiran kanak-kanak ku.

“Sekarang kau nak jadi apa?” Sabri bertanya lagi sambil menguis daun-daun kering yang berguguran di bawah pokok rendang tempat kami menonton acara lumba lari 4x4 tadi. Rumah Kuning menang.

Entah la weh. Aku tak tahu nak pilih mana satu. Kau tahu kan, aku nak jadi doktor bila aku masuk sekolah menengah. Mungkin sebab semua orang nak jadi doktor, aku pon nak jadi doktor. Lagipun, mak aku nak anak dia sorang jadi doktor. Tapi...

Suara aku tersekat di situ. Aku tahu aku hampir nak give up cita-cita aku dan give up bukan jalan aku.

“Tapi sebab kau dah belajar Biologi sekarang, kau tahu susah dan kau tak rasa boleh bawak.” Sabri menyambung sambil tergelak kecil.

Aku memandang sekilas Sabri sambil tersenyum. Kami bukanlah berada di dalam kelas yang sama, bukan juga ahli rumah yang sama. Dia Rumah Kuning dan aku Rumah Biru.

So, sebab tu sekarang aku tak tahu nak jadi apa. Kalau aku nak jadi Engineer, Fizik aku pon entah apa-apa. Kalau aku nak ambil  something to do with Chemistry pon, belum tentu aku akan suka sepenuhnya.

Aku melepaskan keluhan panjang. Aku sudah tidak tahu jalan tuju hidup aku masa depan nanti.

“Bukan kau suka ke Chem? Bukan kau selalu score ke Chem?”

Aku tersenyum. Ingin sahaja aku menjawab yang aku suka gurunya dan secara tidak langsung aku juga suka subjeknya. Tapi suka ni bukannya bertahan lama. Maksud aku Sir Khairul yang lebih dikenali sebagai Sir Kay takkan mengajar aku sampai aku grad nanti. Dan untuk masa depan, aku tak boleh nak memperjudikan dengan keputusan atau sebab yang tidak kukuh lamanya.

Kau nak jadi apa? Aku kembali menyoal Sabri yang telah kembali dengan dua batang Aiskrim Vanilla.

“Mak aku suruh jadi doktor.” Sabri menjawab perlahan.

Kau suka kan Bio? Ok lah tu. Go on jerlah. At least nanti senang aku sakit aku pergi kat kau jer.

Walaupun waktu tu aku pun masih belum pasti untuk melepaskan impian aku empat tahun tu begitu sahaja. Namun apa yang aku pasti, Bio bukan subjek aku.

“Tapi doktor susah. Aku takut.”

Semua benda susah weh. Mana ada benda senang.

Aku memandang Sabri sambil tersengih.

“Haah kan. Tapi aku takut.”

Normal lah, sekarang kita takut sebab kita asyik fikir kita mampu ke tak. Macam mana kalau kita stuck kat tengah jalan. Macam mana kalau sebenarnya kita taknak buat benda ni. Macam mana kalau things don’t go really well and so on. That kind of thought yang membuat kita teragak-agak.

Kadang-kadang aku nak jadi budak kecik balik yang tak risau apa-apa. Yang tak takut untuk bercita-cita dan bermimpi. Kadang-kadang tu dalam sehari ada tiga cita-cita. Semua benda aku nak jadi. Mungkin sebab kita mula kisah akan sakit jatuh dan dah tak mula enjoy try and error tu, kita jadi macam ni. Kita takut untuk gagal. Kita dibebani bermacam bentuk fikiran dan bayangan.

Aku meluahkan apa yang terbuku di dalam hati sejak topik ini muncul.

Bang! Terdengar tembakan dilepaskan menandakan acara lumba lari 100m dimulakan. Kami serentak bangun dan bersorak menyokong ahli rumah kami. Dan semuanya berakhir dalam masa 12 saat walaupun persaingan agak sengit dengan jarak antara empat pelumba pertama Cuma berbeza perpuluhan saat. Rumah Biru berjaya menggondol tempat satu dan dua diikuti Rumah Hijau.

Kami kembali berjalan ke port kami dan aku sempat mengambil Roti Gardenia berkrim Coklat yang disediakan organisasi Rumah Biru tadi.

Kau tahu tak. Dulu aku sekolah rendah aku ahli Rumah Merah taw. Sekolah lama aku dulu pon Rumah Merah. Masuk sini jadi Biru. Aku memandang Sabri sambil menghulurkan separuh Roti Gardenia tadi kepada dia.

“Haah. Aku pon weh. Masuk sini entah apa-apa entah jadi Rumah Kuning. Selama ni aku Rumah Merah kot.”

Kan.. Aku menjawab dan kami tergelak. Orang kata aku sepatutnya masuk Rumah Kuning waktu aku daftar haritu tapi sebab waktu tu Rashdan Ketua bahagian membahagikan rumah ni, dia masukkan aku kat Rumah Biru. Mujur jugak, kalau tak aku duduk blok belakang tu. Hahaha.

Aku tergelak besar. Orang kata blok belakang tu lain macam kerasnya.

Teringat aku sewaktu Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Empat Baharu haritu. Entah kenapa emak tidak menemani aku pada haritu aku pun tidak tahu. Dan sewaktu ayah melambai aku pergi buat terakhir kali pada haritu, aku menangis kerana aku tahu selepas ni aku dah susah nak lari balik rumah.

“Nanti kau nak masuk Universiti apa?” Sabri bertanya tiba-tiba kepadaku.

UTP.

“Weh, samalah. Aku pon nak pergi sana. Fahmi pon nak pergi sana kau tahu.”

Kat situ mana ada kos perubatan lah. Aku menjawab balik.

“Aku tahu. Tapi aku nak gak pergi sana.”

Kenapa kau nak sangat pergi sana? Aku bertanya lagi sambil mendengar pengumuman yang memberitahu pelajar untuk pulang ke dewan makan untuk makan tengah hari dan acara sukan seterusnya akan bersambung pada pukul 2 petang.

“Orang kata Library dia cantik. Aku tengok gambar pon cantik.”

Kali ni aku pula yang teruja membalas. Weh, samalah. Aku pon nak pergi sana sebab Library dia.

“Woi, jom balik.” Mursyid menepuk bahu kami dari belakang.

Jom. Kami berdua membalas. Harini makan apa? Aku bertanya dengan perut berkeroncong lapar. Pagi tadi aku tidak mengambil sarapan sebab terlambat bangun dan beratur panjang.

“Haikal! Harini makan apa?” Mursyid menjerit apabila ternampak susuk tubuh sasa pelari Rumah Kuning yang berjaya membolot tempat Pertama acara 4x4 tadi.

“Makan ayam!” Haikal melaung kembali. “Oi cepatlah. Nanti beratur panjang. Harini dia tak serve kat meja.”

Dan kami menapak makin laju.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...