Skip to main content

Parasit dan Perumah


Tumbuhan yang hidup menumpang di pokok pokok yang besar hidupnya bergantung kepada sang perumah. Dan ada dia antara mereka bersifat parasit. Tumbuhan parasit ini telah mencuri dan mengambil secara paksa energi dan nutrisi dari sang perumah menyebabkan sang perumah sama ada perlu lebih berkerja keras untuk menghasilkan makanan atau akan terseksa dan mengalami masalah tertentu.

Bukan tumbuhan sahaja ada yang bersifat parasit malah haiwan juga. Bahkan terkadang mereka merosakkan perumah sehingga mengakibatkan kematian sang perumah dan secara tidak langsung mengakhiri hidup mereka sendiri. Menyedihkan betul tumbuhan dan haiwan parasit ini. Bila dicantas dan dihalau mereka tidak mampu hidup. Tapi bila diberi tumpang kembali menggigit tuan.

Begitulah seandainya ada anasir yang dibiar melekat di dalam jiwa. Begitulah seandainya cinta dunia dibiar bercambah di dalam dada. Begitulah seandainya syaitan mula dijadikan teman rapat dalam segala perkara. Lama-lama nanti sang perumah yang akan terpaksa menanggung segala kerosakan yang tercetus kerana adanya parasit-parasit sebegitu dalam kehidupan.

Kerana kita perumah kita ada kuasa. Kerana kita ada pilihan untuk memilih, pilihlah dengan sebaiknya. Jalan yang selamat dan bahagia. Mungkin ada malam dengan ribut petir hujan dan kita keseorangan di tengah tengah kedinginan, tapi apa mungkin dengan kehadiran parasit segalanya akan bertambah baik? Kalau benar sekalipun, percayalah ia tak akan kekal lama. Ada harga yang perlu dibayar dan ia tak akan pernah berbaloi.

Wahai diri, selamilah hati dan kembalikanlah kepada Sang Pemilik, Carilah yang bersifat hakiki kalau betul kau takut akan kehilangan. Ketika kita ada kuasa, jangan biarkan penceroboh sewenangnya menjajah tanah hati kita.

Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk.